PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Masjid dan surau terima sumbangan pasca banjir

MIRI, 17 Mac: Sebanyak 24 masjid dan surau di Bahagian Bintulu dan Miri telah menerima sumbangan pasca banjir daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia.

Sumbangan ini bertujuan membantu membaik pulih fasiliti serta menyokong aktiviti keagamaan dan kebajikan di kawasan yang terjejas.

Pengerusi Masjid Sinaran Kampung Rancah-Rancah, Bekenu, Anuar Bujang, menyatakan rasa syukur atas bantuan yang diterima dan berharap ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Kami amat berterima kasih kepada JAKIM, Yayasan Wakaf Malaysia dan pihak masjid kerana memberi sumbangan ini. Dengan adanya bantuan ini, kami akan melaksanakan pelbagai aktiviti, termasuk program Majlis Kata-Kata Al-Quran yang dijadualkan pada Ahad ini, 23 Mac,” katanya ketika ditemui TVS pada Program Ihya Ramadan dan Musa’adah Banjir Masjid dan Surau Bahagian Miri di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu, hari ini

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Darul Mutaqin, Kampung Labang, Bintulu, Ismawi Ishak, turut menyampaikan penghargaan atas bantuan mosa’adah yang diberikan kepada masjid-masjid di Bintulu.

“Saya percaya sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin, khususnya dalam membantu aktiviti pasca banjir serta persiapan bulan Ramadan. Kami juga berharap usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi juga sepanjang tahun untuk mengimarahkan dakwah di negeri Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Surau Darul Tassim, Miri, Mohd Faizul Mohd Ali, menyatakan sumbangan yang diterima akan digunakan untuk penyelenggaraan serta program-program keagamaan bagi manfaat jemaah surau.

“Harapan kami adalah agar bantuan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya dan menjadi amal jariah kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. – TVS

10 negeri rasa gegaran, gempa bumi di Pantai Barat Sumatera

PETALING JAYA – Sebanyak 10 negeri mengalami gegaran susulan kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud yang dilaporkan berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara kira-kira pukul 6.22 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, gegaran itu dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Selain itu, keadaan sama turut dirasai di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Pusat gempa itu terletak 1.8 darjah utara dan 99.2 darjah timur iaitu 41 kilometer (km) dari Sibolga, Indonesia dengan kedalaman 10km,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

‘Rasa macam kena goncang’

PETALING JAYA – Penduduk di Semenanjung gempar ekoran gegaran gempa bumi yang dilaporkan berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara sebentar tadi.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata berkongsi pengalaman mereka melalui detik tersebut.

“Patut lah terasa sampai sini. Banting, Telok Panglima Garang dan Klang. Semua rasa kuat juga gegaran,” kata Azreen.

“Tengah duduk di kerusi…terasa goyang selepas subuh. Lokasi di Lukut, Negeri Sembilan,” ujar Musa.

“Puncak Alam rasa gegaran. Pertama kali rasa gegaran gempa bumi. Agak kuat juga rasa macam kena goncang,” jelas Sham.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud kira-kira pukul 6.22 pagi hari ini.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Bagaimanapun, katanya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Flood-hit Baling families receive cash aid ahead of Raya

BALING: More than 400 heads of household (KIR) affected by the floods in several areas of the district from Sept 30 to Oct 18 last year has received RM1,000 each in humanitarian aid.

Kedah Federal Development Office director Zepri Saad said all the 414 KIRs had registered or relocated to temporary relief centres when their homes were affected by the disaster.

“The floods affected seven sub-districts: Mukim Bakai, Mukim Teloi Kanan, Mukim Siong, Mukim Baling/Bongor, Mukim Pulai, Mukim Tawar, and Mukim Kupang.

“This aid was approved by the National Disaster Management Agency. It shows Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s concern to ensure that those affected by the floods receive the necessary assistance,” he told Bernama after distributing the aid at Dewan Kenangan Tun Abdul Razak here yesterday.

 

He added that the aid is expected to help ease the burden of flood victims during Ramadan and the upcoming Hari Raya.

A flood victim from Kampung Batu 18, Bongor, Halimah Abu Bakar, 69, said she would use the money to purchase necessities for Ramadan and prepare for the upcoming Aidilfitri.

“My husband and I are no longer able to work at our age, and we are both in poor health.

“Our house is frequently flooded. Last year, my house was submerged six times. All the furniture and appliances were damaged, and I could only rely on my children and neighbours to help clean up the house,” she said.

Another recipient, Nur Hidayah Abd Latif, 37, from Kampung Bongor, said she would use the money to make preparations for Aidilfitri.

“During the flood, we didn’t have time to save important items because the water rose suddenly while we were asleep around midnight. We could only save ourselves and family members.

“The aid money we received will allow us to buy things we need for Aidilfitri. As for furniture and other items, we won’t be buying new ones; we will make do with what we have,” she said.

Sebahagian negeri rasai gegaran gempa dari Sumatera

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 6.22 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41km timur dari Sibolga, Indonesia.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, menurut MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search