PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Cadangan sambungan ECRL ke Rantau Panjang dibincang Kabinet

KUALA LUMPUR: Cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata projek tersebut masih dalam fasa pembinaan dan perlu dibincangkan semula dengan pihak China.

“Jajaran ke Rantau Panjang adalah sebahagian daripada pakej ECRL, tetapi ia memerlukan perbincangan dengan China Communications Construction Co Ltd (CCCC),“ katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai jaminan kerajaan untuk meneruskan projek tersebut.

Kajian teknikal termasuk risiko banjir belum dilaksanakan kerana kajian kebolehlaksanaan perlu disiapkan terlebih dahulu.

Loke menegaskan bahawa kos projek ECRL tinggi kerana kebanyakan jajaran dibina secara elevated untuk mengelak banjir.

“Di Rantau Panjang, terdapat isu teknikal kerana jenis landasan ECRL dan State Railway of Thailand (SRT) berbeza,“ jelasnya.

Kawasan yard diperlukan untuk membolehkan integrasi dengan SRT bagi memudahkan pemindahan kargo.

Kementerian sedang menyediakan Memorandum Persefahaman (MoU) Cross Border Transport dengan Thailand bagi memudahkan pergerakan rel rentas sempadan.

“Kami ingin pastikan sambungan ini memberi manfaat jangka panjang dan menggerakkan ekonomi sempadan,“ kata Loke.

Dua perkara utama perlu diselesaikan sebelum kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan.

Pertama, kesediaan kerajaan Thailand untuk menyokong sambungan ini termasuk infrastruktur di bahagian mereka.

Kedua, sama ada sambungan perlu menggunakan infrastruktur ECRL atau KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).

Kementerian akan terus berunding dengan Thailand bagi menentukan model kerjasama terbaik. - Bernama

Melaka urges utility firms to tighten safety checks after Putra Heights blast

MELAKA: The state government has directed all utility companies to implement comprehensive safety protocols and rigorous inspections to avoid potential hazards.

Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh emphasised that negligence could lead to severe risks, disrupting services and endangering public safety.

“Melaka is part of the Peninsular Gas Utilisation grid and hosts the Sungai Udang Regasification Terminal, which supplies gas to northern and western Peninsular Malaysia,“ he said.

He warned against complacency, citing the Putra Heights pipeline explosion as a stark reminder of the consequences of inadequate safety measures.

Ab Rauf spoke at the closing ceremony of the state-level Safety Forum, attended by TNB, Petronas Gas, and Gas Malaysia representatives.

The forum highlighted that utility infrastructure requires stringent oversight as failures could have catastrophic impacts.

The state has tasked the Melaka National Security Council with organising safety engagement sessions for utility providers and communities.

Separately, Ab Rauf revealed TNB recorded 193 electricity meter tampering cases this year, down from 521 in 2023, while infrastructure trespass incidents rose to seven from three. – Bernama

Tragedi kebakaran hutan Mukah wajar jadi iktibar

MUKAH, 19 Ogos: Pengalaman berdepan kebakaran hutan besar di Mukah baru-baru ini wajar dijadikan iktibar bersama dalam usaha mencegah tragedi serupa daripada berulang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Menurutnya, pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan tidak harus disandarkan sepenuhnya kepada kerajaan.

“Usaha ini perlu dilaksanakan melalui dua fasa utama telah mencetuskan kesedaran dan melaksanakan tindakan bersama di peringkat komuniti.

“Pepatah ‘api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan’ harus dijadikan panduan agar kita sentiasa berwaspada terhadap risiko kebakaran,” katanya ketika merasmikan Program Komuniti Peningkatan Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka di Dewan UiTM Mukah, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memainkan peranan penting memastikan komuniti mereka bebas daripada pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

“Pembakaran terbuka memberi kesan serius, bukan sahaja mencetuskan jerebu setempat, malah mengancam kesihatan awam. Semua pihak perlu menjadi mata dan telinga kerajaan bagi melaporkan aktiviti sedemikian,” katanya.

Program tersebut dianjurkan di bawah Projek Pengurusan Mampan Ekosistem Tanah Gambut di Malaysia (SMPEM), dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, Pejabat Residen Mukah, UiTM Mukah, Sarawak Energy Berhad dan pelbagai agensi kerajaan negeri serta persekutuan.

Rumah tujuh sekeluarga musnah dijilat api di Kampung Sageng Hilir

SIMUNJAN, 19 Ogos: Sebuah rumah tidak kekal di Kampung Sageng Hilir musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi, namun tujuh penghuninya termasuk empat kanak-kanak dilaporkan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan bergegas ke lokasi dan tiba empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati rumah tersebut terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air dari pam jentera, manakala sumber air diambil dari pili bomba berhampiran.

Ketika laporan ini ditulis, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Fairus Jamain dan Ketua BBP Simunjan, Nazari Harun, melibatkan kekuatan 10 anggota bersama sebuah jentera LFRT dan kenderaan pacuan empat roda.

MyJalan selesai 95% aduan jalan rosak KKR - Nanta

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,860 atau 95.19 peratus daripada 12,459 aduan berkaitan jalan rosak di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya dan agensi melalui aplikasi MyJalan telah berjaya diselesaikan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan baki 599 atau 4.81 peratus aduan masih dalam siasatan dan tindakan KKR.

Beliau berkata secara keseluruhan bagi tempoh dua tahun sejak aplikasi dilancarkan pada Ogos 2023, sebanyak 54,330 pengguna telah berdaftar dengan 40,938 aduan direkodkan.

“Daripada jumlah keseluruhan aduan itu, 28,479 (69.57 peratus) yang kita sebutkan sebagai No Wrong Door Policy iaitu pemilik jalan tersebut seperti pihak berkuasa tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan kerajaan negeri yang melibatkan jalan bandaran, jalan kampung, jalan pertanian, jalan negeri dan jalan persendirian,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.

Berdasarkan data bancian lalu lintas 2024, tahap perkhidmatan jalan di Lebuhraya Timur-Barat masih mampu menampung trafik sedia ada.

Bagaimanapun beliau berkata terdapat keperluan pembaikan dan penaiktarafan.

Projek pembaikan struktur turapan jalan di lebuh raya tersebut dengan kos sebanyak RM100 juta sedang dilaksanakan.

Beliau berkata skop projek tersebut merangkumi kajian awal dan ukur tanah, penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat, penyelenggaraan berkala pavement serta bukan pavement.

Kesemua kerja dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Lembaga Lebuhraya Malaysia juga melaksanakan Building Information Modelling dalam kitaran hayat projek lebuh raya bagi menyokong agenda transformasi digital negara.

Ini memastikan infrastruktur lebuh raya yang lebih pintar, selamat dan mampan selaras dengan RMK13 dan Dasar Pembinaan Negara 2030.

“Komitmen ini diperkukuhkan lagi dengan pengenalan polisi BIM di LLM yang mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023, ia mengintegrasikan penggunaan BIM dari fasa perancangan, pembinaan, operasi, penyenggaraan dan naik taraf lebuh raya.”

Beberapa lebuh raya bertol menjadi projek perintis dengan sasaran Level of Development yang ditetapkan.

Antaranya Projek Pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Projek Pelebaran Lebuhraya Lingkaran Kajang, Projek Tebatan Banjir Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, Jambatan Sungai Perak dan beberapa kawasan rehat terpilih di Lebuhraya Utara Selatan.

Nanta berkata beberapa projek lain dalam peringkat perancangan juga telah mengambil kira keperluan ke arah pelaksanaan BIM.

Ini termasuk Cadangan Projek Lebuhraya WISE, Projek Pelebaran Lebuhraya SILK Fasa 3 dan Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua di Lebuhraya Utara Selatan.

Beliau berkata pelan strategik yang komprehensif juga telah dirangka dengan pembangunan Garis Panduan BIM Infra.

Jalinan kerjasama strategik dengan agensi utama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan serta institusi-institusi akademik turut dilaksanakan.

“Sehingga kini LLM telah mula melatih pegawai berkelayakan bagi BIM manager, BIM coordinator dan BIM modeller,“ katanya. - Bernama

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search