PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tragedi kebakaran hutan Mukah wajar jadi iktibar

Tragedi kebakaran hutan Mukah wajar jadi iktibar

MUKAH, 19 Ogos: Pengalaman berdepan kebakaran hutan besar di Mukah baru-baru ini wajar dijadikan iktibar bersama dalam usaha mencegah tragedi serupa daripada berulang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Menurutnya, pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan tidak harus disandarkan sepenuhnya kepada kerajaan.

“Usaha ini perlu dilaksanakan melalui dua fasa utama telah mencetuskan kesedaran dan melaksanakan tindakan bersama di peringkat komuniti.

“Pepatah ‘api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan’ harus dijadikan panduan agar kita sentiasa berwaspada terhadap risiko kebakaran,” katanya ketika merasmikan Program Komuniti Peningkatan Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka di Dewan UiTM Mukah, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memainkan peranan penting memastikan komuniti mereka bebas daripada pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

“Pembakaran terbuka memberi kesan serius, bukan sahaja mencetuskan jerebu setempat, malah mengancam kesihatan awam. Semua pihak perlu menjadi mata dan telinga kerajaan bagi melaporkan aktiviti sedemikian,” katanya.

Program tersebut dianjurkan di bawah Projek Pengurusan Mampan Ekosistem Tanah Gambut di Malaysia (SMPEM), dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, Pejabat Residen Mukah, UiTM Mukah, Sarawak Energy Berhad dan pelbagai agensi kerajaan negeri serta persekutuan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search