Ipoh: Empangan Bukit Merah berada pada status Kritikal Pengairan Tahap Tiga apabila aras takungan semasa direkodkan 20.65 kaki bersamaan 6.294 meter padu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata jumlah simpanan air empangan ketika ini sebanyak 9.3825 juta meter padu bersamaan 17.22 peratus daripada kapasiti keseluruhan empangan.
Beliau berkata, dari segi keadaan cuaca, tiada hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, dan keadaan cuaca di kawasan empangan adalah baik dan cerah.
โBagi operasi pintu empangan, pelepasan air melalui pintu outlet (saluran keluar) masih diteruskan secara terkawal.
โUntuk Terusan Selinsing, sebanyak dua pintu dibuka pada kadar 20 peratus, bersamaan 488 milimeter, manakala bagi Terusan Besar satu pintu dibuka pada kadar tiga peratus bersamaan 73 milimeter,โ katanya dalam kenyataan, semalam.
Mohammad Nizar berkata, bukaan pelimpah tidak diaktifkan kerana aras air empangan berada jauh di bawah aras alur limpah, manakala bagi bukaan saluran pengambilan air untuk tujuan pengairan, kadar aliran air yang dilepaskan ke Terusan Besar adalah sebanyak 0.566 meter padu sesaat, manakala ke Terusan Selinsing adalah sebanyak 6.230 meter padu sesaat selaras keperluan pengairan semasa.
โPemantauan berterusan serta pengurusan pelepasan air secara berdisiplin dan berhemat amat penting bagi memastikan bekalan air pengairan dapat dikekalkan untuk tempoh yang lebih panjang.
โKerjasama semua pihak khususnya pasukan operasi empangan dan pengurusan pengairan, amatlah dihargai bagi memastikan operasi empangan ini terus berjalan dengan selamat dan berkesan,โ katanya.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memaklumkan beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri, iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai Rabu hingga Ahad (15 Februari), termasuk Empangan Bukit Merah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) meramalkan cuaca panas yang melanda negara ketika ini akan berlarutan sehingga Jun dengan kemuncaknya bermula bulan depan.
Ketua Pengarahnya, Dr Mohdย Hisham Mohd Anip, berkata cuaca panas yang melanda negara tahun ini bermula lebih awal, iaitu sejak bulan lalu.
โDaripada rekod pencerapan kami, cuaca panas di negara kita bermula Februari hingga Jun setiap tahun, tapi tahun ni bermula awal, iaitu sejak Januari lagi.
โKemuncak kepada cuaca panas adalah antara Mac dan April ini,โ katanya kepada BH, semalam.
Ketika ini, beberapa kawasan di negara ini diklasifikasi berada dalam cuaca panas pada tahap satu, iaitu suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Metmalaysia mengklasifikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.
ย
Kesan La Nina
Mengulas berhubung cuaca panas yang berlaku lebih awal berbanding tahun sebelumnya, Mohd Hisham, berkata perkara berkenaan mungkin disebabkan oleh kesan fenomena La Nina.
Katanya, fenomena La Nina yang aktif di hemisfera selatan membawa lebih banyak hujan di Indonesia dan utara Australia serta berlaku lebih awal berbanding kelaziman.
โSehubungan itu, ketika cuaca panas, orang ramai diminta mengurangkan aktiviti luar dan minum banyak air,โ katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan, Metmalaysia mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi lima kawasan di Kedah.
Metmalaysia memaklumkan, status cuaca panas itu membabitkan kawasan Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.
โStatus Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius,โ menurut kenyataan itu.
Selain cuaca panas tahap satu, Metmalaysia mengklasifikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari portal rasmi Metmalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi lima kawasan di Kedah.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, status cuaca panas itu membabitkan kawasan Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.
โStatus Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius,โ menurut kenyataan itu.
Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari portal rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.
The water level at the Bukit Merah Dam has reached Stage Three Irrigยญaยญtion Critยญical Status, with the curยญrent reserยญvoir level recorยญded at 6.294 metres.
Perak Infraยญstrucยญture, Energy, Water and Pubยญlic Transยญport Comยญmitยญtee chairยญman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludยญdin said the water at the dam stands at 9.3825 milยญlion cubic metres, equiยญvalยญent to 17.22% of its total capaยญcity.
He said no rainยญfall was recorยญded in the past 24 hours and weather conยญdiยญtions at the dam were clear.
โFor dam gate operยญaยญtions, conยญtrolled water release through the outยญlet gate is ongoยญing. At Terยญusan Selinยญsยญing, two gates are opened at 20% (488mm), while at Terยญusan Besar one gate is opened at 3% (73mm),โ he said in a stateยญment yesยญterยญday.
He added that the spillยญway remains closed as the water level is well below the overยญflow threshold.
For irrigยญaยญtion intake, the disยญcharge rate is 0.566 cubic metres per second to Terยญusan Besar and 6.230 cubic metres per second to Terยญusan Selinยญsยญing, in line with curยญrent irrigยญaยญtion needs.
Mohammad Nizar emphasยญised that conยญtinuยญous monยญitยญorยญing and prudent water release manยญageยญment are cruยญcial to ensure the irrigยญaยญtion supยญply could be susยญtained for a longer period.
He also expressed appreยญciยญation for the cooperยญaยญtion of the dam and irrigยญaยญtion teams in ensurยญing its manยญageยญment remains safe and effectยญive.
On Tuesยญday, Deputy Prime Minยญisยญter Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who chairs the National Disยญaster Manยญageยญment Comยญmitยญtee, said cloud seedยญing operยญaยญtions would be carยญried out in Johor, Kedah and Perak until Sunday, includยญing at the Bukit Merah Dam. โ Bernama
