MIRI (March 25): The Sarawak Bumiputera Entrepreneurs Chamber (DUBS) Miri branch feted members of the press and volunteers at an appreciation dinner cum break of fast on Sunday night.
The volunteers had assisted the branch in distributing assistance during the February flood disaster here, while the media through their write-ups have given a voice to local entrepreneurs, said DUBS Miri chairman Mohammad Hafidz Rohani.
“DUBS Miri not only supports beneficial policies but also offers constructive criticism towards policies deemed burdensome to entrepreneurs here, and the media has been supporting us through their reports,” he said.
“We also thank the 20 volunteers who assisted us through the DUBSCares initiative by delivering aid to flood victims in Miri and Niah.”
Mohammad Hafidz said through contributions from DUBS members, approximately RM30,000 was collected and distributed in the form of food aid, hygiene kits, and transport services to those affected by the flood.
DUBS Miri had also helped clear nearly 30 tonnes of flood debris in several villages using machinery provided by the state government, he added.
“In fact, DUBS also assisted landslide victims in Kampung Lereng Bukit by levelling the ground in residential areas affected by the incident.
“This success demonstrates the spirit of togetherness and concern among DUBS members in helping the community,” he added.
Mohammad Hafidz also informed that DUBS Miri will be holding its annual general meeting this April 27, where new executive committee will be elected.
KUALA LUMPUR, 25 Mac- Seramai 1,853 orang daripada 504 keluarga terjejas banjir di Johor, setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Angka berkenaan meningkat berbanding 1,781 orang daripada 503 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bahawa 21 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di lima daerah negeri berkenaan.
"Johor Bahru menjadi daerah paling terjejas di negeri itu dengan mencatat 680 penduduk terjejas banjir daripada 152 keluarga. Mereka ditempatkan di enam PPS.
"Ini diikuti Batu Pahat, 621 orang terjejas banjir, Pontian (410 orang), Kluang (74 orang) dan Kota Tinggi (68 orang)," menurut kenyataan itu. Sementara di Sabah, seramai 138 orang daripada 41 keluarga, ditempatkan di satu PPS negeri itu.
Angka berkenaan kekal, berbanding tengah malam tadi. Ia hanya membabitkan daerah Beaufort.
JOHOR BAHRU: Usahawan terjejas banjir baru-baru ini diminta merujuk kepada 12 agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan dan inisiatif dalam meringankan beban mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah.
Mohd Hairi yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) berkata pihaknya melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah menggerakkan Misi Bantuan Khas untuk usahawan terlibat.
Beliau berkata antaranya ialah bantuan pembiayaan, kemudahan moratorium dan penggantian barangan perniagaan rosak akibat banjir.
“Bantuan disediakan kepada usahawan terjejas di bawah seliaan agensi MPUNJ termasuklah daripada Bank Negara Malaysia, Bank Rakyat, Jabatan Pertanian Negeri Johor, Majlis Amanah Rakyat, Bank Muamalat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan SME Bank.
Terdahulu Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut mengumumkan bantuan RM500 bagi setiap peniaga terjejas di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dengan melibatkan 441 peniaga.
Selain itu, kerajaan negeri menerusi sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut memberikan pengecualian kepada peniaga bazar Aidilfitri (pengecualian caj kecuali sewaan) dan bazar Ramadan (pengecualian semua caj PBT) yang memanfaatkan 9,839 peniaga di 180 lokasi.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membaik pulih sekolah yang rosak akibat banjir dengan seberapa segera selepas mendapat maklumat lengkap
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ketika ini pegawai kementerian pada peringkat mengumpulkan maklumat mengenai sekolah di Johor dan Sabah yang terkesan akibat banjir bagi menyelaras kerja baik pulih.
Beliau berkata, kementerian itu akan memastikan sekolah terjejas banjir mendapat bantuan untuk penyelenggaraan dengan cepat supaya suasana pembelajaran kekal kondusif.
Katanya, jumlah bantuan yang akan disalurkan bergantung kepada kerosakan yang berlaku kepada setiap sekolah terbabit.
Tunggu laporan dari Johor “Pada masa ini, kita masih lagi menunggu laporan keseluruhan khususnya dari Johor yang terkesan banjir, baru-baru ini.
“Selain itu, RM26.4 juta sudah diperuntukkan bagi membaik pulih sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang rosak akibat banjir pada Disember hingga Januari lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 320 murid sekolah rendah sekitar Putrajaya di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.
Yang turut hadir, Ketua Biro Pendidikan Harapan Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya; Pengarah Urusan AEONBIG Malaysia, Tan Sri Lim Keng Cheng dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Karim.
Media Jumaat lalu melaporkan, sesi pembelajaran di 20 sekolah di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi terjejas akibat banjir, susulan hujan berterusan.
Daripada 20 sekolah yang dilaporkan terjejas, tujuh daripadanya dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dua dinaiki air manakala 11 terputus hubungan.
Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di lima daerah yang terjejas di negeri ini tinggal 2,472 orang terdiri daripada 704 keluarga, setakat jam 2 petang semalam.
Jumlah itu berkurangan daripada 3,893 orang terdiri daripada 1,154 keluarga pada pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif menempatkan mangsa banjir adalah sebanyak 23 buah.
“Jumlah mangsa banjir di Johor Bahru terus berkurangan daripada 2,409 mangsa (727 keluarga) pada pagi tadi (semalam) menjadi 1,281 orang (356 keluarga) setakat ini yang berada di tujuh PPS yang masih aktif.
“Pontian juga menunjukkan penurunan dari segi jumlah mangsa banjir iaitu daripada 552 orang (156 keluarga) pagi tadi (semalam) menjadi 389 orang (106 keluarga) di enam PPS.
“Di Kluang juga, mangsa banjir berkurang daripada 487 orang (136 keluarga) pagi tadi (semalam) kepada 357 orang (105 keluarga) di empat PPS,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.
Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, banjir di Kota Tinggi hampir pulih selepas 10 mangsa dibenarkan pulang ke rumah menjadikan mangsa yang masih ditempatkan di dua PPS di daerah itu adalah seramai 77 orang daripada 24 keluarga.