Longgokan kayu, tayar terpakai punca asap tebal kebakaran di Kota Syahbandar Melaka
- Admin UKK
- Berita
MELAKA: Pembakaran longgokan kayu dan tayar terpakai dipercayai menjadi punca asap tebal kebakaran sehingga ke merebak ke kawasan belukar seluas 3.2 hektar di Kota Syahbandar, pusat bandaraya di sini, tengah hari tadi.
Asap tebal daripada kebakaran itu dapat dilihat dari jarak lebih 10 kilometer, sehingga menjadi tular di media sosial.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari.
Kebakaran merebak ke kawasan belukar berhampiran dengan melibatkan tiga jentera bomba (FRT) dan dua lori tangki air bagi operasi memadam kebakaran.
Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Hafidzatullah berkata operasi pemadaman membabitkan 26 anggota JBPM dengan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Tangga Batu, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan kawalan keselamatan.
Operasi berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 4.59 petang, dan pasukan bomba masih berada di lokasi sehingga 6.50 petang bagi memastikan api benar-benar padam, katanya.
