SUBANG JAYA: Special care should be provided to Putra Heights gas pipeline fire burn victims of advanced years and those with underlying health issues, says the Tunku Temenggong of Kedah.
Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, who is Malaysian Red Crescent (MRC) chairman, said these were among the concerns expressed by the families of the recent Putra Heights gas pipeline fire victims.
"I think this group of victims needs special care," Her Highness Tunku Puteri Intan Safinaz told reporters after visiting the temporary relief centre at the Putra Heights Mosque here on Wednesday (April 9).
She noted that the young victims she met were more resilient in facing the challenges ahead.
"Children are naturally resilient, but I think those who are most vulnerable, such as the elderly and special-needs persons, need to be looked at as individuals and not as a whole group.
"Help has to be tailor-made for each person," she added.
As of Tuesday (April 8), a total of 39 out of the 150 victims involved in the gas pipeline fire tragedy in Putra Heights were still receiving treatment at hospitals and clinics.
The Health Ministry said that 17 victims were being treated at government hospitals and 22 others at private facilities, including one in the intensive care unit (ICU).
A total of 111 patients have been discharged.
Meanwhile, Her Highness Tunku Puteri Intan Safinaz said villagers who lost their homes or were forced to evacuate should be given the option to rebuild their homes in Kampung Kuala Sungai Baru.
"Some of them want to stay as they are from there and want to remain in their traditional kampung.
"There are also some tenants in the village who are more flexible and don't mind moving.
"Consideration should be given to those who like to stay, and if so, how," she added.
On April 1, a gas pipeline fire broke out at a neighbourhood in Putra Heights resulting in flames soaring over 30m high with temperatures reaching 1,000°C and took nearly eight hours to be extinguished.
Earlier, Her Highness Tunku Puteri Intan Safinaz presented victims with MRC aid packages comprising donations from several private companies.
She spent about an hour meeting with the affected families.
She said those living at the relief centre were satisfied with the help provided by the various agencies and groups.
However, many still suffered from an acute sense of despair as to why the tragedy befell them.
"There is frustration as to why this happened, why at all?" she said.
SUBANG JAYA: Hari kesembilan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor menyaksikan penduduk di Kampung Kuala Sungai Baru sudah mula memasuki kawasan dan kediaman yang terkesan akibat kejadian itu.
Namun, hanya penduduk yang mempunyai kelulusan serta mematuhi prosedur ditetapkan dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Hasil tinjauan di lokasi mendapati kawasan zon merah di Kampung Kuala Sungai Baru masih dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.
Beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya ditempatkan di pos kawalan bagi memastikan kelancaran operasi pemulihan dan keselamatan penduduk.
Penduduk yang layak diberikan pas hijau dan perlu memaparkannya sebelum dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.
Sementara itu, penduduk yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan tidak mempunyai kenderaan dibawa menaiki pengangkutan van yang disediakan pihak Prasarana bagi memastikan pergerakan terkawal dan selamat.
Di sekitar kawasan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Kuil Sri Maha Kaliamman pula, kelihatan pengamal media masih berkampung di khemah yang disediakan bagi membuat liputan.
Terdahulu, dalam kejadian pada pagi dua Syawal lalu, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran saluran paip gas di kawasan Putra Heights, Subang Jaya.
PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta bagi tahun ini.
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata peruntukan itu bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.
Beliau berkata bantuan berkenaan turut disediakan bagi membantu KIR mangsa bencana yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lepas.
"Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Khairul Shahril berkata setiap rumah yang terkesan akibat bencana ini turut menerima bantuan tunai berjumlah RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas. "Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Selangor turut bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki ataupun dibina semula.
"Peruntukan ini mencerminkan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada mangsa-mangsa bencana di Putra Heights. Bagi melicinkan proses pengagihan bantuan, semua sumbangan hendaklah disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor," katanya.
Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa minggu lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. – BERNAMA
PUTRAJAYA — The federal government, through the National Disaster Managment Agency (NADMA), has allocated RM14.7 million in disaster relief funds to the Selangor government for 2025.
NADMA director-general Datuk Khairul Shahril Idrus said the allocation would be used to provide RM1,000 in Bantuan Wang Ihsan (BWI) to each head of household affected by disasters, as well as RM10,000 in BWI Kematian to the next of kin of those who lost their lives.
He said the assistance also covers victims affected by the recent gas pipeline fire incident in Putra Heights, Subang Jaya.
“The Petaling District and Land Office, as the District Disaster Management Committee, will distribute the aid based on the list of household heads registered with the Social Welfare Department,” he said in a statement today.
According to Khairul Shahril, households whose homes were destroyed would also receive RM10,000 in cash aid, comprising RM5,000 from the federal government and another RM5,000 from Petronas.
“For homes that suffered partial damage, the owners will get RM5,000, comprising RM2,500 from the federal government and RM2,500 from Petronas,” he added.
He said the Selangor government has also agreed to provide RM2,000 in monthly rental assistance for six months to help affected families secure temporary housing while their homes are repaired or rebuilt.
“This allocation reflects the MADANI Government’s concern for the disaster victims in Putra Heights. To ensure smooth distribution, all aid must be channelled through the State Disaster Management Committee,” he said.
The gas pipeline fire, which occurred at 8.10 am last Tuesday, sent flames soaring over 30 metres high, with temperatures exceeding 1,000 degrees Celsius. Firefighters took nearly eight hours to extinguish the blaze. — BERNAMA
Bantuan bencana sebanyak RM14.7 juta telah disalurkan kepada kerajaan negeri Selangor menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Khairul Shahril Idrus berkata ia merangkumi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.
Katanya, bantuan terbabit turut disediakan bagi membantu mangsa terjejas dalam kejadian kebakaran paip gas di di Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.
“Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Setiap pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akibat bencana ini turut menerima bantuan tunai berjumlah RM10,000, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas.
“Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Menurutnya, kerajaan negeri turut bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terjejas untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki ataupun dibina semula.
Katanya, bagi melancarkan lagi proses pengagihan bantuan, semua sumbangan perlu disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor/
Dalam kejadian Selasa lepas, insiden kebakaran paip gas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.