PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Banjir makin buruk, jumlah mangsa di 9 negeri hampir 150,000

Kuala Lumpur: Banjir di sembilan negeri makin buruk dengan jumlah mangsa di 37 daerah ialah 149,606 orang daripada 44,795 keluarga yang ditempatkan di 698 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7.30 pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.

Kelantan masih kekal negeri paling teruk dilanda banjir kali ini dengan sebanyak 283 PPS diaktifkan untuk menempatkan 95,783 orang daripada 29,640 keluarga yang terjejas di 10 daerah.

Di Terengganu, banjir yang melanda lapan daerah menyebabkan 42,179 mangsa daripada 11648 keluarga ditempatkan di 313 PPS.

Mangsa banjir di Kedah juga naik dengan mendadak apabila seramai 7,954 orang daripada 2,440 keluarga di tujuh daerah ditempatkan di 52 PPS manakala di Negeri Sembilan pula, 13 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,925 mangsa daripada 540 keluarga.

Keadaan banjir di Johor merekodkan 588 mangsa membabitkan 174 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS di dua daerah manakala di Pahang , sebanyak 405 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di 15 PPS.

Sementara itu, banjir di Perlis ada menunjukkan pengurangan dengan 363 mangsa daripada 113 keluarga ditempatkan di dua PPS yang dibuka di dua daerah begitu juga di

Selangor dengan bilangan mangsa 102 orang daripada 32 keluarga di satu PPS.

Di Melaka keadaan banjir tidak berubah dengan lima PPS diaktifkan bagi memberi perlindungan kepada 307 mangsa daripada 74 keluarga di tiga daerah.

Banjir di Alor Setar: 4 laluan ditutup, 2 lagi ditutup separa

Alor Setar: Empat laluan ditutup sepenuhnya dan dua lagi laluan ditutup separa, di daerah ini, berikutan banjir.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, laluan itu membabitkan Jalan Lengkuas /Kampung Derang / Batu 11 Jalan Pokok Sena yang ditutup dari Kilometer (KM) 9.80 ke 11.50 kerana dinaiki air.

Berikutan itu, laluan alternatif adalah Jalan Langgar/ Sungai Mati/Bukit Pinang - Kepala Batas dan Hutan Kampung ke Langgar.

Beliau berkata, Jalan Gunung Keriang iaitu jalan berhampiran tapak projek terusan banjir juga tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

"Berikutan itu, jalan alternatif adalah Jalan Sungai Baru - dari Kubang Pasu melalui Jalan Sungai Baru - Kuala Sungai dan Jalan Suka Menanti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Siti Nor Salawati berkata, Jalan Bukit Pinang - Lengkuas juga ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, dan pengguna boleh menggunakan laluan Jalan Pinang Jaya - Telaga Mas.

"Terowong Bukit Pinang juga ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan dan orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif lain iaitu Jalan Kepala Batas -Bukit Tinggi - Bukit Pinang," katanya.

Beliau berkata, bagi penutupan separa pula membabitkan Jalan Kepala Batas - Hutan Kampung yang boleh dilalui kenderaan berat.

"Orang ramai boleh menggunakan laluan Lebuhraya Tol Alor Setar utara ke susur keluar Bukit Pinang.

"Selain itu, Lebuhraya Darul Aman dari arah Alor Setar (hadapan futsal) hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja dan orang ramai boleh menggunakan lorong sebelah menghala ke Alor Setar," katanya.

 

5 sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya

KOTA BHARU: Lima sungai di Kelantan melepasi paras bahaya sehingga pagi ini.

Lima sungai berkenaan adalah Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Kuala Jambu.

Selain itu, Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Kelantan di Kusial Baru manakala, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Diraja, Sungai Melor di Jambatan Melor dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memberi amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok membabitkan dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, sembilan kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Mangsa banjir di 9 negeri hampir 150,000 orang

KUALA LUMPUR: Banjir di sembilan negeri makin buruk dengan jumlah mangsa di 37 daerah ialah 149,606 orang daripada 44,795 keluarga yang ditempatkan di 698 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7.30 pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.

Kelantan masih kekal negeri paling teruk dilanda banjir kali ini dengan sebanyak 283 PPS diaktifkan untuk menempatkan 95,783 orang daripada 29,640 keluarga yang terjejas di 10 daerah.

Di Terengganu, banjir yang melanda lapan daerah menyebabkan 42,179 mangsa daripada 11648 keluarga ditempatkan di 313 PPS.

Mangsa banjir di Kedah juga naik dengan mendadak apabila seramai 7,954 orang daripada 2,440 keluarga di tujuh daerah ditempatkan di 52 PPS manakala di Negeri Sembilan pula, 13 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,925 mangsa daripada 540 keluarga.

Keadaan banjir di Johor merekodkan 588 mangsa membabitkan 174 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS di dua daerah manakala di Pahang sebanyak 405 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di 15 PPS.

Sementara itu, banjir di Perlis ada menunjukkan pengurangan dengan 363 mangsa daripada 113 keluarga ditempatkan di dua PPS yang dibuka di dua daerah begitu juga di Selangor dengan bilangan mangsa 102 orang daripada 32 keluarga di satu PPS.

Di Melaka keadaan banjir tidak berubah dengan lima PPS diaktifkan bagi memberi perlindungan kepada 307 mangsa daripada 74 keluarga di tiga daerah.

 

189 calon SPM terjejas banjir di Rantau Panjang dipindahkan

RANTAU PANJANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggerakkan aset untuk memindahkan 189 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di Rantau Panjang, pagi ini.

Kesemua pelajar akan diambil di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Calon SPM itu terdiri daripada beberapa sekolah terjejas banjir.

Operasi turut dihadiri kumpulan media itu bermula 7 pagi ini membabitkan pelbagai aset tentera termasuk 10 trak terdiri daripada tiga tan, lima tan dan tujuh tan.

Selain itu, beberapa bot turut dibawa berikutan terdapat laluan yang ditutup kepada semua kenderaan.

Operasi ini dijangka selesai jam 3 petang.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search