PUTRAJAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan melaksanakan empat siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April ini sebagai langkah proaktif meningkatkan aras takungan air empangan yang terjejas akibat cuaca panas berpanjangan.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi itu dilaksanakan susulan fenomena cuaca panas yang sedang melanda beberapa kawasan berikutan peralihan monsun bermula 29 Mac lepas dan dijangka berterusan hingga Mei.
“Walaupun tempoh ini membawa pembentukan ribut petir dan hujan lebat di kawasan barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, beberapa kawasan masih berisiko tinggi menghadapi gelombang haba Tahap 1 dan 2, dengan suhu mencecah antara 35 hingga 40 darjah Celsius.
“Keadaan ini masih tidak dapat membantu meningkatkan aras air empangan secara signifikan, sekali gus memberi kesan kepada sumber air dan sektor pertanian malah turut memberi impak kepada kehidupan harian rakyat, khususnya golongan rentan di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid berkata OPA akan dilaksanakan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia yang menyediakan pesawat C130 Hercules, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyelaras aspek teknikal dan saintifik pelaksanaan operasi.
Beliau berkata, OPA akan memberi fokus kepada 11 empangan iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis, Empangan Ahning, Pedu dan Muda di Kedah, Empangan Temenggor dan Bukit Merah di Perak serta Empangan Lebam, Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai dan Machap di Johor.
“Langkah ini merupakan tindakan proaktif bagi meningkatkan semula aras takungan air yang terjejas akibat cuaca panas berpanjangan.
“Selain itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) juga perlu mengenal pasti kaedah terbaik sebagai strategi jangka sederhana termasuk mengenal pasti kawasan takungan air semasa musim hujan untuk kegunaan ketika cuaca panas,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, sebagai langkah kesiapsiagaan bencana, JPBN turut diarahkan memastikan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) diaktifkan dan diperkasakan bagi memastikan keputusan diambil adalah merujuk kepada maklumat teknikal dan berasaskan data.
Beliau berkata semua agensi berkaitan perlu menyalurkan maklumat secara berpusat kepada SDCC untuk disusun dan direkodkan termasuk maklumat pemantauan aras empangan, bekalan air mentah, tahap kelembapan tanah di kawasan kritikal, kawasan berisiko tanah runtuh, kawasan banjir dan lain-lain maklumat berkaitan.
Menurut beliau, satu penilaian menyeluruh perlu dibuat berdasarkan dapatan daripadan JPBN dan SDCC bagi penyediaan satu pelan mitigasi jangka panjang dalam mencari penyelesaian terbaik untuk mengurus bencana pada masa hadapan.
“JPBN perlu bertindak awal dengan mengenal pasti keperluan rakyat, pertanian dan komersial seperti penghantaran bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki ke kawasan mengalami gangguan bekalan air kritikal serta permohonan pelaksanaan OPA bagi meningkatkan aras air empangan dengan lebih cepat,” katanya.
Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, semua agensi kerajaan perlu mempergiat tindakan bagi memastikan kumpulan sasar tidak terjejas, khususnya dalam sektor bekalan makanan, pertanian, kesihatan awam, pendidikan, keusahawanan serta penternakan.
Beliau juga menyeru rakyat supaya menggunakan air secara berhemat serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
“Dalam apa jua keadaan, prinsip kerajaan jelas bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat adalah keutamaan tertinggi dan kerajaan akan terus memastikan tiada rakyat terpinggir atau dibiarkan menghadapi situasi ini bersendirian,” katanya. – BERNAMA
Paras Air Empangan Utama Makin Susut, NADMA Lancar Operasi ‘Bom Awan’ Di 4 Negeri Mulai 6 April Ini
- Admin UKK
- Berita
Cuaca panas yang semakin memuncak kini mula memberi kesan serius terhadap paras air empangan di beberapa negeri utama
Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bakal melaksanakan empat siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) sebagai langkah kecemasan bagi menambah bekalan air.
Menurut laporan BERNAMA, operasi tersebut dijadual berlangsung dari 6 hingga 9 April melibatkan negeri Perak, Kedah, Perlis dan Johor yang dikenal pasti mengalami penurunan takungan air yang ketara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memandang serius fenomena cuaca panas susulan peralihan monsun yang bermula 29 Mac lalu dan dijangka berterusan sehingga Mei ini.
"Untuk itu, NADMA akan menyelaras dan melaksanakan empat siri OPA di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April ini.
"Tindakan segera ini adalah sebagai langkah proaktif bagi menangani keadaan kadar takungan air empangan di negeri itu yang semakin menurun akibat cuaca panas," katanya.
Sebanyak 11 empangan utama terlibat dalam operasi itu
Ia termasuk Empangan Timah Tasoh (Perlis), Empangan Ahning, Pedu dan Muda (Kedah), Empangan Temenggor dan Bukit Merah (Perak) serta lima empangan di Johor seperti Lebam dan Gunung Pulai.
OPA ini akan dijalankan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyediakan pesawat C130 Hercules, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bertanggungjawab menyelaras aspek teknikal serta saintifik pembenihan awan.
"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), saya menyeru supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memastikan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) diaktifkan dan diperkasa.
"Ini bagi memastikan keputusan yang hendak diambil adalah merujuk kepada maklumat teknikal dan berasaskan data (data-driven)," katanya.
Menurut beliau, semua agensi berkaitan perlu menyalurkan maklumat penting seperti aras empangan, bekalan air mentah serta tahap kelembapan tanah ke SDCC untuk dianalisis secara berpusat.
"Dalam kita memperkukuh pendekatan teknikal ini, saya ingin menegaskan bahawa tindak balas kerajaan tidak boleh bersifat mekanikal semata-mata.
"Pendekatan kemanusiaan mesti menjadi teras utama. Kita perlu memastikan setiap intervensi benar-benar sampai kepada mereka yang paling terkesan khususnya golongan berpendapatan rendah, warga emas, petani kecil serta komuniti yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air tempatan," katanya.
Dalam masa sama, kerajaan turut bersedia melaksanakan langkah sokongan seperti penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas.
KUALA LUMPUR, 1 April – Penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki serta pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) antara langkah segera kerajaan bagi meningkatkan aras empangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) turut menegaskan semua agensi berkaitan perlu menyalurkan maklumat berpusat termasuk pemantauan aras empangan, bekalan air mentah, kelembapan tanah serta kawasan berisiko bagi membolehkan tindakan segera dilakukan.
“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu mengaktifkan dan memperkasa Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) bagi memastikan keputusan dibuat berasaskan data dan maklumat teknikal.
“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyelaras empat siri OPA di Perak, Kedah, Perlis dan Johor bermula 6 hingga 9 April ini dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),” menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.
Langkah proaktif itu diambil susulan fenomena cuaca panas akibat peralihan monsun yang bermula 29 Mac lalu dan dijangka berterusan hingga Mei.
Walaupun tempoh berkenaan lazimnya membawa ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan, terdapat lokasi berisiko mengalami gelombang haba tahap satu dan dua dengan suhu mencecah antara 35 hingga 40 darjah Celsius.
Keadaan itu menjejaskan aras air empangan serta memberi impak kepada sumber air, sektor pertanian dan kehidupan harian rakyat, khususnya golongan rentan di luar bandar dan pedalaman.
Dalam pada itu, pendekatan kemanusiaan terus diberi penekanan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan paling terkesan termasuk berpendapatan rendah, warga emas dan petani kecil.
The government is ramping up its response to intensifying heatwave conditions, with temperatures in several areas expected to reach between 35°C and 40°C, straining water supply, agriculture and daily life.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi said state-level preparedness must be strengthened, including the immediate activation of State Disaster Control Centres (SDCC) to ensure decisions are guided by real-time, data-driven inputs.
He said immediate response measures are already underway, including the delivery of emergency water supply to affected areas.
Meanwhile, the National Disaster Management Agency will implement Cloud Seeding Operations (OPA) in Perak, Kedah, Perlis and Johor from April 6 to 9 to help raise dam water levels affected by prolonged dry conditions.
Zahid stressed that the government’s priority is to ensure assistance reaches vulnerable groups, including low-income households, the elderly, small-scale farmers and communities dependent on local water sources.
He also urged the public to use water prudently and adhere to authorities’ instructions as the country navigates the ongoing heatwave.
PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan empat siri Operasi Pembenihan Awan di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sebagai langkah proaktif menangani penurunan paras takungan air empangan akibat cuaca panas.
Beliau berkata, kerajaan memandang serius fenomena cuaca panas susulan peralihan monsun yang bermula 29 Mac lalu dan dijangka berterusan sehingga Mei ini.
“Untuk itu, NADMA akan menyelaras dan melaksanakan empat siri pembenihan awan di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April.
“Tindakan segera ini adalah sebagai langkah proaktif bagi menangani keadaan kadar takungan air empangan di negeri itu yang semakin menurun akibat cuaca panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pembenihan awan itu memberi fokus kepada 11 lokasi empangan iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis; Empangan Ahning, Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah; Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Lebam, Empangan Upper Layang, Empangan Lower Layang, Empangan Gunung Pulai dan Empangan Machap di Johor.
Ahmad Zahid berkata, NADMA bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyediakan pesawat C130 Hercules serta pasukan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), menyelaras aspek teknikal serta saintifik pembenihan awan.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), saya menyeru supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memastikan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) diaktifkan dan diperkasa.
“Ini bagi memastikan keputusan yang hendak diambil adalah merujuk kepada maklumat teknikal dan berasaskan data,” katanya.
Katanya, JPBN perlu bertindak awal dengan mengenalpasti keperluan rakyat, pertanian dan komersial seperti penghantaran bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air kritikal serta permohonan pelaksanaan pembenihan awan bagi meningkatkan aras air empangan dengan lebih tepat.
“Selain itu, JPBN perlu mengenal pasti kaedah terbaik sebagai strategi jangka sederhana termasuk mengenal pasti kawasan takungan air semasa musim hujan untuk kegunaan ketika cuaca panas.
“Pada masa sama, semua agensi kerajaan perlu mempergiat tindakan bagi memastikan kumpulan sasar masing-masing tidak terjejas, khususnya dalam sektor bekalan makanan, pertanian, kesihatan awam, pendidikan, keusahawanan, penternakan dan lain lain lagi yang dijangka terjejas,” katanya.- UTUSAN
