PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Cuaca panas: Kawasan rekreasi Yan, Merbok sepi

YAN: Cuaca panas melampau dan kemarau sejak dua bulan lalu menyebabkan beberapa kawasan peranginan di Yan dan Merbok, dekat sini kering dan kurang dikunjungi pengunjung.

Keadaan itu menyebabkan perniagaan hiliran di kawasan rekreasi seperti di Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar di sini serta Hutan Lipur Tupah di Merbok turut terjejas. 

Seorang peniaga gerai makan di Titi Hayun, Syaripah Omar, 48, berkata, perniagaan diusahanya lebih dua tahun di situ mengalami kemerosotan ekoran kurang pengunjung.

“Keadaan ini berterusan sejak lebih dua bulan lalu apabila aliran air hanya terdapat di kawasan tertentu manakala kawasan lain kering kontang.

“Ini menyebabkan pengunjung tidak bersantai untuk mandi-manda serta menjamu selera di gerai kami yang secara langsung menjejaskan pendapatan harian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi peniaga nira nipah, Norhayati Musa, 41, berkata, sebelum ini permintaan terhadap air tersebut tinggi apabila kawasan rekreasi dipenuhi pengunjung terutamanya ketika hujung minggu.

“Ketiadaan air membuatkan pengunjung terutamanya yang membawa keluarga untuk mandi-manda terpaksa berpatah balik dan tidak beriadah sambil makan dan minum di sini.

“Macam cuti sekolah sempena hari raya baru-baru ini pun apabila kekurangan pengunjung, perniagaan nira saya tidak laku dan menjejaskan mata pencarian,” katanya.

Seorang peniaga makanan ringan dan ais krim di Hutan Lipur Tupah, Mohd. Noor Ismail, 59, berkata, perniagaan yang dijalankan sejak lima tahun lalu berdepan kemerosotan ketara kerana ketiadaan air yang membolehkan pengunjung beriadah di situ.

“Teruklah sikit perniagaan sekarang ini berbanding beberapa bulan lalu ekoran panas melampau yang menyebabkan air di Sungai Tupah menjadi kering.

“Sebelum ini keadaan cuaca tidak sepanas ini yang membolehkan ramai pengunjung berendam dan mandi-manda bersama keluarga, tetapi ditambah dengan kemarau telah menyebabkan air sungai semakin hari semakin kering,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung di Titi Hayun, Siti Sabariah Omar, 42, berkata, dia terkejut apabila mendapati kawasan rekreasi itu yang dulunya menjadi tempat tumpuan kini lengang.

“Macam mana nak bawa keluarga berkelah di sini kerana tiada air dan kalau ada di dalam beberapa lopak pun airnya berbau busuk,” katanya. – UTUSAN

Magnitude 7.4 Molucca Sea earthquake in Indonesia triggers tsunami alerts for Malaysia and the Philippines

JAKARTA, April 2 — An earthquake of magnitude 7.4 struck the Northern ‌Molucca Sea off Indonesia’s historic spice island of Ternate today, the United States Geological Survey said, triggering a tsunami warning for neighbouring South-east Asian nations.

There were ‌no immediate reports of injuries, though the agency reported aftershocks of magnitude as high as 5, and Indonesia called tsunami warnings for areas in its provinces of North Maluku and North Sulawesi.

 

Regional governments in some cities, such as Ternate and Tidore, the former spice islands, were urged to prepare citizens for evacuation, while news channel Metro TV broadcast images of damaged buildings.

The quake, its magnitude revised down from an initial 7.8, struck at a depth of 35km, greater than ‌the early figure of 10km, the USGS added.

Its epicentre ⁠was about 120km from Ternate, in North Maluku, which has a ⁠population of more than 200,000, ⁠the agency said.

 

Hazardous tsunamis ⁠were possible along the coasts of Indonesia, the Philippines and Malaysia within 1,000 km (620 miles) of the epicentre, US tsunami warning authorities said.

Waves ⁠of height ranging from 0.3 m to 1 m above the tide level could hit some coastal areas of Indonesia, the Pacific Tsunami Warning Center said.

It also warned of the risk of waves less than 0.3 m over tide ⁠levels for the coasts of Guam, Japan, Malaysia, Papua New Guinea, the Philippines and Taiwan.

Japan may see waves of up to ⁠0.2m, but no damage is expected, the Japan Meteorological Agency ⁠said, as ⁠it warned a tsunami could occur in the Pacific.

Indonesia straddles the so-called Pacific Ring of Fire, an area of high seismic activity where tectonic plates meet ‌and earthquakes are frequent. — Reuters

KEMAS KINI: Gempa kuat 7.4 magnitud di Maluku Utara rosakkan bangunan, seorang maut

JAKARTA: Gempa bumi 7.4 magnitud melanda Laut Maluku Utara di luar pesisir Pulau Ternate, Indonesia pagi ini mengakibatkan beberapa bangunan rosak serta mencetuskan ombak tsunami, menurut pihak berkuasa dan saksi.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa susulan bermagnitud sehingga 5, manakala agensi meteorologi Indonesia, BMKG, melaporkan ombak tsunami setinggi 0.3 meter di Halmahera Barat dan 0.2 meter di Bitung.

Stesen penyiaran Indonesia, Metro TV, melaporkan seorang individu maut akibat ditimpa runtuhan di kawasan Manado, dan rakaman video menunjukkan beberapa bangunan mengalami kerosakan.

Seorang penduduk Manado memberitahu Reuters, orang ramai berlari keluar dari rumah dalam keadaan panik. Tiada kerosakan jelas di kawasan kejiranannya, namun beberapa barang jatuh dari rak dan bekalan elektrik terputus.

Indonesia terletak di kawasan "Lingkaran Api Pasifik" (Pacific Ring of Fire), iaitu zon yang sangat aktif dari segi seismik di mana beberapa plat kerak bumi bertemu, menyebabkan berlakunya banyak gempa bumi dan gunung berapi.

Kerajaan wilayah di beberapa bandar seperti Ternate dan Tidore, yang terkenal sebagai Kepulauan Rempah (Spice Islands), telah diminta bersiap sedia untuk memindahkan penduduk.

Pihak berkuasa amaran tsunami Amerika Syarikat berkata, tsunami berbahaya berkemungkinan berlaku di sepanjang pantai Indonesia, Filipina dan Malaysia dalam lingkungan 1,000 kilometer (620 batu) dari pusat gempa.

Pusat gempa dianggarkan kira-kira 580 kilometer di selatan pantai Filipina dan 1,000 kilometer dari Sabah, Malaysia.

Agensi seismologi Filipina, Phivolcs, berkata berdasarkan data terkini, tiada ancaman tsunami yang merosakkan terhadap negara itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula dalam satu hantaran Facebook menyebut, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini, dan pihaknya sedang memantau perkembangan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memaklumkan ombak setinggi 0.3 hingga 1 meter melebihi paras air pasang boleh melanda beberapa kawasan pantai Indonesia.

PTWC turut memberi amaran risiko ombak kurang daripada 0.3 meter melebihi paras air pasang bagi kawasan pantai Guam, Jepun, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina dan Taiwan.

Jepun mungkin mengalami ombak setinggi sehingga 0.2 meter, namun tiada kerosakan dijangka, kata Agensi Meteorologi Jepun sambil memberi amaran tsunami boleh berlaku di kawasan Pasifik. - REUTERS

Gempa kuat 7.4 magnitud gegar timur Indonesia, amaran tsunami ditarik balik

JAKARTA: Gempa bumi kuat magnitud 7.4 melanda perairan timur Indonesia awal pagi tadi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat pemantauan Amerika Syarikat (AS) itu pada awalnya mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku 'gelombang tsunami berbahaya' dalam lingkungan 1,000 kilometer (km) dari pusat gempa, di sepanjang pesisir Indonesia, Filipina dan Malaysia, namun ditarik balik.

Saluran penyiaran Indonesia, Metro TV, melaporkan seorang maut akibat runtuhan di kawasan Manado, manakala video menunjukkan bangunan yang rosak.

"Gempa dirasai dengan kuat di sekitar Manado… seorang maut dan seorang lagi mengalami kecederaan di kaki," kata pegawai George Leo Mercy Randang kepada AFP melalui telefon.

Tambahnya, Mangsa dilaporkan 'terperangkap di bawah runtuhan' sebuah bangunan yang runtuh. Amaran tsunami ditarik balik selepas kira-kira dua jam, menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

"Berdasarkan semua data tersedia… ancaman tsunami daripada gempa ini kini telah berakhir," menurut kenyataan agensi itu, sekitar dua jam selepas gempa berlaku.

Gempa itu, yang pada awalnya direkodkan bermagnitud 7.8, berlaku pada jam 6.48 pagi waktu tempatan di Laut Maluku, pada kedalaman 35km, lebih dalam berbanding anggaran awal 10km, berhampiran pulau kecil Ternate, menurut USGS.

Pusat gempa terletak kira-kira 120km dari Ternate di Maluku Utara, yang mempunyai penduduk melebihi 200,000 orang, menurut Reuters.

Kerajaan wilayah di beberapa bandar, termasuk Ternate dan Tidore, digesa untuk bersiap sedia memindahkan penduduk, manakala saluran berita Metro TV menyiarkan imej bangunan yang rosak.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata ombak setinggi antara 0.3 hingga 1 meter dari paras air pasang boleh melanda beberapa kawasan pantai di Indonesia.

Ia turut memberi amaran risiko ombak kurang daripada 0.3 meter melebihi paras air pasang di pesisir Guam, Jepun, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina dan Taiwan.

Agensi Meteorologi Jepun memaklumkan Jepun mungkin mengalami ombak setinggi sehingga 0.2 meter, namun tiada kerosakan dijangka, sambil memberi amaran kemungkinan berlakunya tsunami di Lautan Pasifik.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii memaklumkan gelombang tsunami berbahaya berkemungkinan berlaku dalam jarak berkenaan di sepanjang pantai negara terbabit.

Seorang wartawan AFP di Manado, wilayah Sulawesi Utara, berkata gegaran mengejutkannya dan penduduk lain di bandar itu sehingga mereka bergegas keluar dari bangunan.

"Saya terus terjaga dan keluar dari rumah. Orang ramai segera bertempiaran ke luar. Terdapat sebuah sekolah dan murid-murid turut berlari keluar," katanya.

Beliau menambah, gegaran berlarutan 'agak lama' namun tidak menyaksikan 'kerosakan besar' setakat ini. - AGENSI

NADMA to carry out cloud seeding operations in 4 states from April 6

The government is taking the hot weather phenomenon seriously following the monsoon transition, which began on March 29 and is expected to continue until May.

THE National Disaster Management Committee (NADMA) will coordinate and implement four series of cloud seeding operations (OPA) in Perak, Kedah, Perlis and Johor from April 6 to 9 to address the decline in dam water levels due to the hot weather.

Deputy Prime Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, said the government is taking the hot weather phenomenon seriously following the monsoon transition, which began on March 29 and is expected to continue until May.

"NADMA will coordinate and implement four series of OPAs in Perak, Kedah, Perlis and Johor from April 6 to 9. "This immediate action is a proactive measure to address the state's declining dam water levels," he said.

The OPA will focus on 11 dam locations, namely the Timah Tasoh Dam in Perlis; Ahning Dam, Pedu Dam and Muda Dam in Kedah; Temenggor Dam and Bukit Merah Dam in Perak and Lebam Dam, Upper Layang Dam, Lower Layang Dam, Gunung Pulai Dam and Machap Dam in Johor.

Ahmad Zahid, who is also NADMA Chairman, said they are collaborating with the Royal Malaysian Air Force (RMAF) to provide a C130 Hercules aircraft and a team from the Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) to coordinate the technical and scientific aspects of cloud seeding.

He said that all relevant agencies must channel information to the State Disaster Command Centre (SDCC) to be compiled and recorded centrally, including monitoring information on dam levels, raw water supply, soil moisture levels in critical areas, landslide risk areas, flood areas and other relevant information.

The centralised database enables the SDCC to analyse immediate actions that can be taken to ensure that the survival of the people is always preserved.

"As we strengthen this technical approach, I would like to emphasise that the government's response cannot be purely mechanical.

"The humanitarian approach must be the main thrust. We need to ensure that every intervention truly reaches those who are most affected, especially the low-income group, the elderly, small farmers and communities that are completely dependent on local water sources," he said.

He said all government agencies need to intensify actions to ensure that their respective target groups are not affected, especially in the food supply, agriculture, public health, education, entrepreneurship, animal husbandry and others that are expected to be affected. – April 1, 2026

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search