PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

MetMalaysia warns of short-term severe thunderstorms nationwide until evening

KUALA LUMPUR, April 12 — Thunderstorms, coupled with heavy rains and strong winds are expected nationwide until 5pm today, the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) warned in a weather alert this afternoon.

Affected areas include Kedah (Baling, Kulim), Perak (Larut, Matang and Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang and Muallim), and Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Bera and Rompin).

 

Selangor (Hulu Selangor, Gombak and Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah and Jempol) and Johor (Segamat, Kluang, Mersing and Kota Tinggi) are also expected to be affected.

In Sarawak, the warning covers Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah and Bintulu.

 

In Sabah, the affected areas include the interior districts of Sipitang, Tenom, Beaufort and Tambunan, the west coast areas of Papar, Putatan, Penampang, Tuaran, Ranau and Kota Belud, as well as Tawau, Sandakan and Kudat.

MetMalaysia said the warning is issued when thunderstorms are detected or expected to produce rainfall exceeding 20mm per hour, lasting more than an hour.

It added that such warnings are short-term alerts, valid for no more than six hours for each issuance.

Gempa cetek 4.9 magnitud landa Indonesia, 20 cedera

MAUMERE: Gempa bumi cetek 4.9 magnitud melanda timur Indonesia lewat malam tadi, merosakkan puluhan rumah dan mencederakan lebih 20 penduduk.

Gegaran itu berlaku pada kedalaman 10.4 kilometer, kira-kira 104 kilometer di timur Maumere, Nusa Tenggara Timur, tidak lama sebelum tengah malam Rabu, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut pegawai tempatan, Ismail Daton Ban, dua kampung di pulau kecil Adonara merasai kesan paling teruk, dengan lebih 100 rumah rosak dan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) mencatat 48 gempa susulan dengan kekuatan sehingga 3.5 magnitud selepas gempa utama direkodkan.

Indonesia dan negara jiran sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, sebuah lengkungan aktiviti seismik dari Jepun melalui Asia Tenggara dan seluruh kawasan Pasifik.

Gempa berskala 9.1 melanda wilayah paling barat Aceh pada 2004, menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia.

Gempa cetek cenderung lebih merosakkan kerana gelombang seismik bergerak jarak lebih pendek melalui tanah dan sampai ke permukaan dengan tenaga yang lebih tinggi.-AFP/AGENSI

Hutan Taman Puncak Jalil terbakar lagi

PETALING JAYA – Kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan malam tadi.

Menerusi perkongsian Sepangkini, kebakaran tersebut didakwa berlaku pada pukul 9.40 malam di Jalan PUJ 2/27.

“Bomba telah dimaklumkan (Balai Bomba Seri Kembangan dan Balai Bomba Bukit Jalil). Polis daripada Balai Polis Kinrara juga telah berada di lokasi kebakaran,” kata Sepangkini menerusi kenyataan.

Pada malam 11 Mac lalu Kosmo! melaporkan, kebakaran hutan bukit telah berlaku berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuh Raya Maju Expressway.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.12 petang. – KOSMO! ONLINE

Baling dilanda banjir, hujan lebat sejak petang

BALING – Kira-kira empat kampung di mukim Kupang dan Bakai, di sini dilanda banjir susulan hujan lebat sejak pukul 4 petang tadi.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Hangus, Kampung Bendang Pecah dan Kampung Bukit Iboi di mukim Kupang serta Kampung Sedim di mukim Bakai.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat sejak pukul 4 petang hingga pukul 9 malam tadi mengakibatkan Sungai Kupang melimpah ke kawasan kampung berhampiran.

“Setakat ini terdapat empat rumah dinaiki air dan keadaan masih berjaga-jaga kerana masih hujan, ” katanya di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk kampung berhampiran sungai agar berwaspada dan segera berpindah jika air sungai melimpah untuk mengelak kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

 

Pembenihan awan di Perak berhasil, hujan di beberapa kawasan tadahan

PETALING JAYA: Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan di Perak semalam menunjukkan perkembangan positif apabila hujan berjaya direkodkan di beberapa kawasan tadahan utama negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hujan direkodkan di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah dan Empangan Temenggor dengan jumlah taburan signifikan antara 29.3 milimeter (mm) hingga 84.8 mm.

“Ini sekali gus memberi kelegaan awal kepada paras air empangan yang sebelum ini terjejas akibat cuaca kering,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata kejayaan itu membuktikan pendekatan berasaskan sains serta penyelarasan rapi antara Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mampu memberikan impak yang jelas dalam tempoh singkat.

Beliau turut memaklumkan operasi berkenaan diteruskan hari ini ke selatan tanah air membabitkan beberapa empangan utama di Johor dan Melaka.

Ahmad Zahid berkata, operasi di selatan itu akan memberi tumpuan kepada Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Lebam dan Pulai di Johor serta Empangan Durian Tunggal dan Jus di Melaka.

“Kita akan terus memantau keperluan dari semasa ke semasa dan memastikan setiap langkah yang diambil memberi impak terbaik kepada bekalan air, sektor pertanian serta kesejahteraan rakyat.

“Sama-sama kita memohon agar segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan hasil yang baik untuk semua,” katanya.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan keberkesanan operasi itu disokong oleh kandungan kelembapan atmosfera yang tinggi serta keadaan atmosfera tidak stabil.

Ia sekali gus memacu pertumbuhan awan hujan dengan lebih cekap selepas proses pembenihan dilakukan.

Proses pembenihan di Empangan Bukit Merah dan Empangan Temenggor semalam menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM, yang melibatkan teknik semburan larutan garam ke dalam formasi awan kumulus menara pada ketinggian antara 5,200 hingga 7,000 kaki.-UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search