PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kerugian akibat bencana di Malaysia turun kepada RM636.9 juta - TPM Zahid

Kerugian akibat bencana di Malaysia turun kepada RM636.9 juta - TPM Zahid

IPOH: Kerugian akibat bencana di Malaysia menurun kepada RM636.9 juta pada 2025 berbanding RM933.4 juta pada 2024 hasil kesiapsiagaan awal dan tindakan mengurangkan risiko bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesiapsiagaan perlu menjadi keutamaan dalam usaha melindungi nyawa dan mengurangkan kerugian ekonomi akibat bencana.

"Matlamat utama kita bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa, tetapi juga melindungi kediaman, menjaga mata pencarian serta hasil usaha rakyat.

"Dalam hal ini, sistem amaran awal memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat mendapat maklumat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ukuran kejayaan kita bukan sekadar keupayaan bertindak ketika bencana berlaku, tetapi sejauh mana kita mampu melindungi nyawa dan mengurangkan kerugian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Ipoh Convention Centre (ICC), di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, risiko bencana boleh terbentuk sejak bertahun-tahun lebih awal antaranya akibat pembangunan yang tidak mengambil kira aliran air, sistem saliran yang tidak seiring dengan pertumbuhan bandar serta penempatan di kawasan berisiko.

Justeru, katanya, pendekatan mengurangkan risiko perlu diberi perhatian dalam perancangan guna tanah, pembangunan bandar, pengurusan sungai serta pembinaan perumahan dan infrastruktur.

Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kerugian akibat bencana pada 2025 berjumlah RM636.9 juta dengan RM380.2 juta membabitkan aset awam dan infrastruktur.

Dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan, Ahmad Zahid berkata, sistem amaran awal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membantu pihak berkuasa mengenal pasti kawasan berisiko dan menyampaikan maklumat kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membolehkan tindakan awal diambil, termasuk memaklumkan penduduk supaya membuat persediaan atau berpindah jika perlu.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search