PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Aceh tuntut hak mangsa bencana dipenuhi

BANDA ACEH: Ahli gabungan pertubuhan masyarakat sivil di Aceh melancarkan demonstrasi menuntut kerajaan Indonesia memenuhi keperluan hak asasi bagi mangsa banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa lokasi wilayah itu.

Tuntutan itu disuarakan ahli Koalisi Masyarakat Aceh dalam satu perhimpunan aman di hadapan pintu masuk Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA) semalam.

Dalam demonstrasi itu, peserta membawa poster yang memaparkan aspirasi mangsa bencana, antaranya bertulis ‘Menanti Hak atas Kehidupan yang Layak’, ‘Nyawa Manusia Bukan Barang Jualan’ dan ‘Luka Sumatera, Luka Dunia’.

Penyelaras perhimpunan tersebut, Crisna Akbar berkata, demonstrasi itu sebagai respon terhadap kelewatan kerajaan dalam menangani bencana di tiga wilayah di Pulau Sumatera.

“Koalisi menilai kelembapan pengurusan bencana mencerminkan kegagalan negara melaksanakan tanggungjawab asas terhadap rakyat, khususnya mangsa bencana,” katanya.

Gabungan itu turut mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan bencana di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat sebagai bencana nasional, memandangkan skala kemusnahan yang luas, kerosakan infrastruktur strategik serta keterbatasan keupayaan kerajaan daerah dalam pengurusan kecemasan dan pemulihan jangka panjang.

“Pengisytiharan bencana nasional bukan sekadar keputusan pentadbiran, sebaliknya instrumen penting untuk menyelamatkan nyawa, mempercepat pemulihan dan mencegah pelanggaran hak asasi manusia yang lebih besar,” katanya.

Tokoh masyarakat, Bardan Sahidi menegaskan, penduduk di kawasan itu memerlukan bantuan kecemasan seperti makanan, air bersih dan ubat-ubatan. Mereka juga berharap agar akses jalan dan jambatan dapat diperbaiki dengan segera supaya aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.

Penduduk Aceh turut menggesa kerajaan supaya membenarkan kemasukan 500 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia, ketika mangsa masih bergelut selepas hampir tiga minggu banjir besar melanda wilayah Indonesia itu.

Menurut jurucakap pentadbiran Aceh, Teuku Kamaruzzaman, bantuan yang didermakan oleh komuniti masyarakat Aceh yang menetap di Malaysia itu masih terkandas berikutan kekangan pentadbiran terutama kerana bencana tersebut belum diisytiharkan sebagai darurat nasional.

Indonesia menolak tawaran bantuan rasmi daripada kerajaan asing, dengan Presiden, Prabowo Subianto pada Isnin menegaskan negaranya mempunyai keupayaan mencukupi untuk menguruskan tindak balas bencana sendiri.

“Saya dihubungi ramai pemimpin dunia yang mahu menghantar bantuan. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka. Kita mampu, Indonesia mampu mengendalikannya,” katanya dalam satu mesyuarat Kabinet.

Menurut beliau, kawasan paling teruk terjejas di Sumatera mungkin memerlukan dua hingga tiga bulan untuk kembali normal.-AGENSI

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di enam negeri

KUALA LUMPUR: Seramai 2,061 mangsa banjir membabitkan 591 keluarga di enam negeri dicatatkan setakat jam 10 malam ini, berbanding 926 mangsa pada jam 6 petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 23 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri yang terjejas iaitu Pahang, Sabah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Sarawak.

Mangsa banjir di Pahang semakin meningkat berbanding negeri lain iaitu seramai 1,616 orang yang ditempatkan di 11 PPS di dua daerah iaitu Kuantan (sembilan PPS) dan Maran (satu PPS).

 

Sementara itu, Terengganu mencatatkan 105 mangsa membabitkan enam PPS dibuka di satu daerah iaitu Kemaman, diikuti Sabah iaitu seramai 221 mangsa dengan hanya satu PPS dibuka di Tawau.

Di Kelantan pula, jumlah mangsa setakat ini ialah 54 orang membabitkan 19 keluarga dan ditempatkan di satu PPS iaitu di Gua Musang, manakala Selangor seramai 47 mangsa ditempatkan di satu PPS di Gombak.

Selain itu, di Sarawak hanya 18 mangsa ditempatkan di tiga PPS di daerah Miri.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Putrajaya, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah, amaran membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat), serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 11 malam ini.

Menerusi laman web rasmi Puclic Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, sungai di Pahang iaitu Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Perak iaitu Sungai Slim di Slim River mencatatkan aras air tahap bahaya, setakat jam 9.45 malam ini.

 

Tanah Highland Towers tidak selamat dijadikan penempatan

PETALING JAYA: Tapak Highland Towers tidak sesuai dibangunkan semula untuk penempatan kerana ia tidak selamat dan berisiko tinggi berlaku tanah runtuh sekali lagi.

Ketua Kluster Kelestarian dan Kesihatan Bumi, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, mana-mana kawasan bercerun yang pernah mengalami tanah runtuh dikategorikan sebagai berisiko tinggi untuk kejadian berulang pada masa hadapan.

Katanya, tragedi Highland To­wers berpunca akibat kegagalan cerun akibat tanah tambakan yang tepu air sehingga merosakkan dasar bangunan sekali gus menyebabkan runtuhan.

“Kegagalan ini adalah dise­bab­kan kesilapan manusia yang tidak menstabilkan cerun berhampiran bangunan serta kelemahan dalam memilih jenis pendasaran yang sesuai untuk struktur tersebut.

“Jika cerun distabilkan de­ngan baik dan pendasaran bangu­nan dibuat berdasarkan kejuruteraan piawai yang efisien, bencana itu boleh dielakkan,” katanya katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan Mingguan Malaysia, Ahad lalu tentang kondominium Highland To­wers di Taman Hillview, Hulu Kelang, Selangor yang pernah menjadi saksi tragedi paling memilukan negara pada 11 Di­sember 1993 telah terbiar hampir 32 tahun.

Usaha merobohkan dua blok tinggalan kini memasuki fasa paling kritikal apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan proses perunda­ngan bagi tindakan tersebut sedang diselesaikan di peringkat mahkamah.

Ibrahim berkata, secara teknikalnya semua tapak boleh dibangunkan jika faktor kestabilan diberikan perhatian khusus berasaskan pengalaman lepas dan kejuruteraan terbaik.

Walau bagaimanapun, kata­nya, kos pembinaan akan menjadi jauh lebih mahal di tapak yang kurang sesuai berbanding tapak atau dasar yang stabil untuk pembinaan bangunan tinggi.

Menurut beliau, tapak itu sesuai dijadikan taman peringatan atau kawasan riadah bandar kerana lebih selamat selain mampu mendidik masyarakat mengenai peristiwa hitam tersebut.

“Tapak berkenaan mempu­nyai nilai sejarah yang signifikan untuk diangkat sebagai ‘tapak warisan’ berkaitan bencana buatan manusia yang pernah menggemparkan negara,” katanya..

Mengulas tempoh lebih tiga dekad sebelum bangunan Highland Towers dirobohkan, beliau berkata, kelewatan tersebut berkait rapat dengan pelbagai kekangan pentadbiran dan perundangan yang kompleks.

“Maklumat terperinci mengenai tempoh itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana lazimnya melibatkan masalah pentadbiran, tuntutan, proses mahkamah dan isu perundangan yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan,” katanya.

Menurut beliau, dalam kes bencana besar yang melibatkan komuniti dan harta awam, pelaksanaan keputusan penting lazimnya memerlukan tempoh yang lama, khususnya apabila kejadian tersebut merupakan pengalaman pertama negara.

“Bencana jenis ini pertama kali berlaku dan mereka tiada pengalaman untuk mengambil tindakan penyelesaian jangka panjang. Saya dimaklumkan proses mahkamah sahaja mengambil masa puluhan tahun,” katanya. – UTUSAN

2,027 mangsa banjir di Pahang setakat pukul 8 pagi, Kuantan paling ramai 1,953 orang

KUANTAN: Seramai 2,027 mangsa banjir daripada 626 keluarga dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terjejas di Pahang setakat pukul 8 pagi hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang,Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 13 PPS dibuka, melibatkan 607 keluarga dan 1,953 penduduk terjejas.

Sementara itu, di Maran, dua PPS menempatkan 19 keluarga dengan 74 mangsa. Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Sekretariat turut memaklumkan bahawa pemantauan rapi sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengutamakan keselamatan diri. – UTUSAN

METMalaysia issues heavy rain warning for multiple states, parts of Pahang on highest alert

KUALA LUMPUR, Dec 17 — Malaysia’s national weather agency has issued a warning of continuous heavy rain across several states until Thursday, with parts of Pahang placed on the highest “danger” level alert.

The Malaysian Meteorological Department (METMalaysia) has cautioned that the prolonged rainfall could increase the risk of flooding in the affected areas.

 

The most critical warning has been issued for the districts of Kuantan, Pekan, and Rompin in Pahang, where very heavy and continuous rain is forecast.

A “severe” warning, indicating the potential for heavy and continuous rain, has been issued for several other districts. 

In Terengganu, this includes Dungun and Kemaman. In Pahang, it covers Jerantut, Maran, and Bera, while in Johor, it applies to Segamat and Kota Tinggi.

A lower-level “alert” for continuous rain has also been issued for a wider area, including the entire states of Kelantan and Melaka, as well as Selangor, Negeri Sembilan, and the federal territories of Kuala Lumpur and Putrajaya. 

This alert also covers several other districts in Johor and Pahang.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search