PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

106 sekolah agama, 53 institusi pengajian islam swasta di Batu Pahat ditutup esok

106 sekolah agama, 53 institusi pengajian islam swasta di Batu Pahat ditutup esok

JOHOR BAHRU: Sebanyak 106 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor termasuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) dan 53 buah Institusi Pengajian Islam Swasta (IPIS) di Daerah Batu Pahat, akan ditutup esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penutupan itu susulan keadaan kualiti udara di daerah Batu Pahat berada pada tahap sangat tidak sihat dengan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 203.

“Arahan ini dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidik.

“Sebarang keputusan berkaitan pengoperasian semula sekolah dan institusi adalah bergantung kepada tahap kualiti udara semasa serta arahan rasmi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fared, pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya diarahkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) atau Pejabat Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidik sentiasa terpelihara sepanjang tempoh keadaan jerebu ini,” katanya.-UTUSAN

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search