PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

1.77 juta rakyat dilindungi 149 projek tebatan banjir

PETALING JAYA: Lebih 1.77  juta penduduk di seluruh negara kini mendapat perlindungan daripada risiko banjir hasil pelaksanaan 149 projek tebatan banjir.

Itu antara pencapaian menerusi kerjasama strategik pelbagai agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi tempoh 2024 hingga tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pencapaian itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan penduduk, keselamatan infrastruktur serta agenda kemampanan negara.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, dalam sektor air, pelaksanaan Skim Pelabelan Kecekapan Produk Air (WEPLS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berjaya menjimatkan sehingga 85 peratus penggunaan air.

Katanya, Indah Water Konsortium (IWK) pula merekodkan pengoperasian lebih 7,000 loji rawatan kumbahan dengan kadar pematuhan efluen melebihi 97 peratus, selain melaksanakan program pengurusan lemak, minyak dan gris (FOG) serta penggunaan tenaga solar di loji rawatan kumbahan.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan 149 projek tebatan banjir yang memberi perlindungan kepada 1.77 juta penduduk, selain menjalankan pemuliharaan dan pembangunan sungai di seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Fadillah berkata, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) membangunkan 21 loji rawatan air berkapasiti 2,081 juta liter sehari, selain menyiapkan Projek Langat 2 Fasa 1 berkapasiti 1,130 juta liter sehari dengan kos RM4.2 bilion.

Bagi sektor tenaga, katanya, pencapaian utama melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan MyPOWER termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Pembaharuan Pasaran Elektrik Malaysia.

“SEDA merekodkan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 3,409.64 megawatt, manakala ST melaksanakan Program Solar Skala Besar 5+ dengan kapasiti 1,975 megawatt serta mengeksport 50 megawatt elektrik hijau ke Singapura.

“Prestasi sektor tenaga turut ditunjukkan melalui penurunan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (SAIDI) kepada 37.36 minit,” katanya. – UTUSAN

Luruan monsun diramal masuk rantau negara mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan luruan monsun memasuki rantau negara, bermula 1 hingga 5 Januari depan.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

"Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang: www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook METMalaysia, hari ini.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, METMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di kawasan perairan timur laut Condore serta barat laut Reef North hingga Jumaat ini, dengan kelajuan angin lebih 60 kilometer (km)/jam dan ombak setinggi lebih 4.5 meter (m).

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai serta perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak," katanya.

 

Dalam tempoh sama, METMalaysia turut mengeluarkan amaran kategori kedua dengan angin berkelajuan 50 hingga 60km/jam dan ombak mencapai ketinggian hingga 4.5m yang dijangka berlaku di kawasan perairan Condore serta timur laut dan barat daya Reef North.

"Keadaan angin kencang serta laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri," katanya.

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan bagi kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, utara Bunguran, tenggara dan utara Reef North, Layang-Layang serta barat Palawan.

Angin kencang berkelajuan 40 hingga 50km/jam dengan ketinggian ombak mencapai 3.5m dijangka berlaku di kawasan terbabit, yang berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 

Floods hit Pahang again as Rompin evacuees rise, Johor sees surge in Segamat victims

KUALA LUMPUR, Dec 29 — Floods hit Pahang again following continuous heavy rain in Rompin while the number of flood victims in Segamat, Johor rose as of 4pm today.

In PAHANG, 49 people from 13 families were evacuated to Balai Raya Kampung Setajam in Rompin, which opened at noon today, while water levels of Sungai Rompin in Kampung Kerpal and Sungai Pukin in Rompin have exceeded the warning level as of 3pm.

 

In JOHOR, there are 173 people from 58 families at seven relief centres as of 4pm compared to 148 people this morning, with 40 evacuees at Balai Raya Kampung Batu Badak, 42 evacuees at Dewan Serbaguna Kampung Tasek, five at Balai Raya Kampung Jabi, 11 evacuees at Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, 27 evacuees at Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli Segamat Kecil, 34 evacuees at Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tah Kang, and Balai Raya Kampung Paya Lebar with 14 evacuees.

Two rivers in Segamat have exceeded the danger level — Sungai Muar at Kampung Awat with a reading of 20.12 metres, and Sungai Muar at Buloh Kasap at 8.66 metres.

Finally, three roads have been completely closed to all vehicles — Jalan Jabi–Bukit Tempurung in Segamat due to flooding, Felda Tenggaroh 3 in Mersing due to a slope collapse, and the Kesang–Sungai Rambai Bridge in Tangkak due to structural cracks. — Bernama

 

Floods: Pahang hit again, Johor see rise in evacuees

KUALA LUMPUR: Floods hit Pahang again on Monday (Dec 29) following continuous heavy rain in Rompin while the number of flood victims in Segamat, Johor rose as of 4pm Monday.

In PAHANG, 49 people from 13 families were evacuated to Balai Raya Kampung Setajam in Rompin, which opened at noon Monday, while the water levels of Sungai Rompin in Kampung Kerpal and Sungai Pukin in Rompin have exceeded the warning level as of 3pm.

In JOHOR, there are 173 people from 58 families at seven relief centres as of 4pm compared to 148 people on Monday morning, with 40 evacuees at Balai Raya Kampung Batu Badak, 42 evacuees at Dewan Serbaguna Kampung Tasek, five at Balai Raya Kampung Jabi, 11 evacuees at Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, 27 evacuees at Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli Segamat Kecil, 34 evacuees at SJKC Tah Kang, and Balai Raya Kampung Paya Lebar with 14 evacuees.
 

Two rivers in Segamat have exceeded the danger level - Sungai Muar at Kampung Awat with a reading of 20.12m, and Sungai Muar at Buloh Kasap at 8.66m.

Finally, three roads have been completely closed to all vehicles - Jalan Jabi-Bukit Tempurung in Segamat due to flooding, Felda Tenggaroh 3 in Mersing due to a slope collapse, and the Kesang-Sungai Rambai Bridge in Tangkak due to structural cracks. - Bernama

167 mangsa banjir di Johor masih berlindung di PPS

JOHOR BAHRU, 29 Dis: Seramai 167 mangsa banjir daripada 54 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Segamat setakat pukul 7 malam tadi.

Menurut maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka dari empat mukim terjejas yang berlindung di tujuh PPS.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata mangsa yang terjejas melibatkan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu Lima, Kampung Sermin, Kampung Paya Lebar, Kampung Pekan Air Panas, Kampung Orang Asli Sungai Kecil serta Kampung Baru Gemas.

“Pemindahan dilakukan secara berperingkat susulan hujan lebat berterusan yang melanda daerah ini sejak Ahad,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Asman Shah turut memaklumkan Jalan Felda Tenggaroh 3 di Mersing ditutup sepenuhnya ekoran kejadian cerun runtuh di Seksyen 1 dan 1.5, sekali gus menjejaskan laluan utama penduduk setempat.

Tambah beliau,  Jambatan Kesang–Sungai Ramai di Tangkak juga terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas struktur jambatan berkenaan didapati mengalami keretakan.

Mengulas situasi paras air sungai, beliau berkata bacaan paras air Sungai Muar di Buloh Kasap menunjukkan peningkatan daripada 8.53 meter kepada 8.69 meter, sekali gus menimbulkan kebimbangan risiko banjir berterusan di kawasan rendah.

Pada masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan pada tahap waspada dijangka melanda beberapa daerah termasuk Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, portal JKM turut melaporkan 80 mangsa banjir di Pahang turut dipindahkan ke PPS selain 30 mangsa banjir di Melaka terkesan banjir. -TVS.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search