PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jalan pantai terputus

Jalan pantai menghubungkan Batu Rakit/Mengabang Telipot di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, terputus akibat hakisan selepas dibadai ombak kuat malam kelmarin.

Berikutan itu, pengguna boleh melalui jalan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu untuk ke kampung berkenaan atau bandar Kuala Terengganu.

Hakisan yang semakin teruk akibat fenomena air pasang besar dan ombak kuat itu turut meresahkan penduduk berhampiran kawasan pantai.

Penduduk, Ab Wahab Abdullah, 65, berkata, dia bimbang rumah yang dibina pada 2011 lalu akan hilang akibat hakisan suatu pada hari nanti.

Katanya, setiap malam dia dan isteri, Maimun Johar, 56, tidak senang duduk apabila rumah yang hanya kira-kira 25 meter daripada jalan bergegar setiap kali ombak menghempas kawasan jalan.

“Saya tidak pernah terfikir yang kawasan ini juga terkesan akibat hakisan selepas kali pertama hakisan berlaku di Kampung Tanjung Gelam yang jaraknya kira-kira lebih tiga kilometer daripada kampung.

“Sekali ombak datang bergegar rumah, memang takut, tetapi terpaksa hadapi semua ini kerana hanya rumah ini sahaja yang kami ada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, jalan berkenaan runtuh sepenuhnya selepas dibadai ombak besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Bilik khas untuk calon SPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan bilik khas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghadapi peperiksaan itu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, calon SPM juga diberikan ruang istirehat dan tidur berasingan daripada mangsa banjir di PPS menempatkan mangsa banjir.

Katanya, kemudahan itu diberikan bagi memastikan calon SPM dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan lebih selesa selain fokus menghadapi peperiksaan.

“Pihak sekolah menyediakan bilik khas untuk pelajar calon SPM menjalani ulang kaji dan tidur.

“Calon ini tidak ditempatkan mangsa banjir lain. Jadi keselesaan mereka diberikan keutamaan.

“Seluruh Johor juga gunakan pendekatan sama, kita pastikan pelajar calon SPM dapat akses untuk menduduki peperiksaan.

“Kita beri pilihan untuk tinggal di asrama sekolah sedia ada, kalau tidak sesuai kita sediakan bilik khas untuk kemudahan calon SPM. Keseluruhan berjalan lancar tiada calon SPM (terkesan banjir) yang tidak pergi peperiksaan,”

katanya selepas melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini, semalam.

Azman berkata, secara keseluruhannya pengendalian mangsa banjir di PPS sekolah berjalan dengan lancar.

Lawatannya ke tiga PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana dan SK Dato Usman Awang di sini, memberi fokus kepada kemudahan disediakan pihak sekolah untuk anak mangsa banjir.

“Anak mangsa banjir sama ada sekolah rendah dan menengah terbabit kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),” katanya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan bilik khas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghadapi peperiksaan itu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, calon SPM juga diberikan ruang istirehat dan tidur berasingan daripada mangsa banjir di PPS menempatkan mangsa banjir.

Katanya, kemudahan itu diberikan bagi memastikan calon SPM dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan lebih selesa selain fokus menghadapi peperiksaan.

“Pihak sekolah menyediakan bilik khas untuk pelajar calon SPM menjalani ulang kaji dan tidur. “Calon ini tidak ditempatkan mangsa banjir lain. Jadi keselesaan mereka diberikan keutamaan.

“Seluruh Johor juga gunakan pendekatan sama, kita pastikan pelajar calon SPM dapat akses untuk menduduki peperiksaan.

“Kita beri pilihan untuk tinggal di asrama sekolah sedia ada, kalau tidak sesuai kita sediakan bilik khas untuk kemudahan calon SPM. Keseluruhan berjalan lancar tiada calon SPM (terkesan banjir) yang tidak pergi peperiksaan,”

katanya selepas melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini, semalam.

Azman berkata, secara keseluruhannya pengendalian mangsa banjir di PPS sekolah berjalan dengan lancar.

Lawatannya ke tiga PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana dan SK Dato Usman Awang di sini, memberi fokus kepada kemudahan disediakan pihak sekolah untuk anak mangsa banjir.

“Anak mangsa banjir sama ada sekolah rendah dan menengah terbabit kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),” katanya.

106 mangsa banjir huni dua PPS

Kuala Terengganu: Seramai 106 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari semalam susulan akibat ombak besar dan air pasang yang melanda dua daerah di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) menerusi kenyataannya memaklumkan dua daerah terbabit bencana alam itu adalah Kemaman dan Dungun.

Di Kemaman, seramai 92 mangsa daripada 24 keluarga dari Kampung Geliga Baru ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai yang dibuka Jumaat lalu.

Manakala di Dungun, seramai 14 mangsa daripada lima keluarga berteduh di Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka Ahad lalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan terkini, memaklumkan amaran angin kencang dan laut bergelora dengan angin Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) di kawasan

perairan Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor berlaku hingga 18 Januari. MetMalaysia turut meramalkan ketinggian ombak boleh mencecah hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil serta aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. Sehubungan itu, penduduk di kawasan pantai diminta lebih berwaspada dan tidak menghampiri pantai.

2,498 mangsa banjir berlindung di 30 PPS

Johor Bahru: Seramai 2,498 mangsa banjir masih ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat daerah terjejas, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, 732 keluarga masih terjejas susulan bencana banjir di Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Johor Bahru.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Kota Tinggi masih menjadi daerah paling terjejas membabitkan 1,172 mangsa yang berlindung di 14 PPS.

“Di Pontian pula, 739 mangsa daripada 203 keluarga, masih ditempatkan di 10 PPS. Manakala di Kluang, terdapat 534 mangsa daripada 161 keluarga ditempatkan di lima PPS.

“Ada satu PPS masih dibuka membabitkan 53 mangsa di Johor Bahru,” katanya semalam.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir dan hujan berterusan di mana-mana daerah di negeri ini.

Pada masa sama, Sungai Kahang yang juga sub lembangan Sungai Endau di Kluang mencatatkan paras bacaan air sungai di tahap bahaya iaitu 14.73 meter.

Setakat jam 8 pagi semalam, Segamat, Kluang dan Batu Pahat dilaporkan hujan, manakala Pontian, Kota Tinggi, Tangkak dan Kulai dilaporkan mendung.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search