PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐄𝐑𝐂𝐎𝐌 𝐎𝐅 𝐑𝐔𝐒𝐒𝐈𝐀

PERBINCANGAN DUA HALA NADMA DAN EMERCOM OF RUSSIA | 24 APRIL 2026
 
📍 WTCKL
 
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar telah mengadakan sesi perbincangan dua hala bersama wakil kedutaan Persekutuan Russia di Malaysia, Mr. Aleksei A. Salnikov serta pasukan Far Eastern Regional Search and Rescue (RUS-03), EMERCOM of Russia.
 
Perbincangan memberi fokus kepada pemuktamadan Memorandum of Understanding (MoU) dalam pengurusan bencana antara Kerajaan Malaysia dan EMERCOM of Russia, di samping meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan kapasiti pegawai pengurusan bencana.
 
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama melibatkan latihan bersama, simulasi bencana serta perkongsian amalan terbaik antara Pasukan SMART dan Pasukan RUS-03.
Delegasi dari Persekutuan Russia turut hadir ke Pameran Resilient Asia 2026 dan membuat perkongsian pembentangan mengenai pengurusan banjir di Russia.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search