ππππ πππππ πππππππππ ππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
HARI KEDUA RESILIENT ASIA 2026 | 25 APRIL 2026
Β
Β
Suasana kemeriahan kehadiran pengunjung ke Pameran Resilient Asia 2026. Orang ramai mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai aset dan jentera serta teknologi terkini yang digunakan dan diaplikasikan dalam pengurusan bencana dari aspek makanan, peralatan, data raya dan sebagainya.
Β
Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman situasi bencana di zon imersif serta menyaksikan ketangkasan Pasukan SMART membuat demonstrasi penyelamatan.
Β
YDH DCP Datuk M.V. Srikumar a/l Madhavan Nair, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am / Krisis Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) turut hadir memberi sokongan di program ini.
Β
Jangan lepaskan peluang anda untuk menimba ilmu kesiapsiagaan bencana secara βedutainmentβ di Resilient Asia 2026.
Jom bawa keluarga dan kawan-kawan, esok adalah hari terakhir. Pameran dibuka pada jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
