πππππππππ ππππ ππππ π ππππ: ππππππππ πππππππ πππ ππππ πππππππ πππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
RESILIENT ASIA 2026 FORUM: DISASTER THROUGH OUR EYES BERSAMA MURID SEKOLAH | 25 APRIL 2026
Β
Β
Resilient Asia 2026 hari ini telah menganjurkan sesi khas βDisaster Through Our Eyesβ, sebuah forum interaktif yang memberi ruang kepada murid untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan idea berkaitan keselamatan sekolah, kesiapsiagaan bencana serta pembinaan komuniti yang lebih berdaya tahan.
Β
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim turut hadir menyaksikan sesi perkongsian forum pada petang ini yang turut dihadiri oleh wakil Kementerian Pendidikan dan UNICEF Malaysia.
Antara pengisian menarik di forum ini termasuk Ignite Talks, persembahan murid bertemakan pengurangan risiko bencana, perbincangan panel serta aktiviti interaktif bersama peserta.
Β
Sesi ini membuktikan suara generasi muda amat penting dalam membentuk masa depan pengurusan bencana negara sebagai agen perubahan agenda pengurusan bencana negara. Pendedahan awal, pendidikan kesedaran bencana serta penglibatan aktif golongan muda mampu mencorakkan masa depan bandar yang lebih selamat dan mampan.
