PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

‘Tengah bawa kereta terasa bergoyang, kuat ribut malam ini’

‘Tengah bawa kereta terasa bergoyang, kuat ribut malam ini’

PETALING JAYA – Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang malam ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati antara kawasan yang terlibat termasuklah Shah Alam, Puchong, Lembah Pantai, Wangsa Maju serta sekitar ibu kota.

Menurut seorang pengguna di Shah Alam yang dikenali sebagai Siti memaklumkan, ribut bersama hujan lebat itu berlaku kira-kira pukul 10 malam.

“Tengah bawa kereta terasa bergoyang, angin kuat sangat malam ini,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut berkongsi keadaan ibut di Pasar Chow Kit sebentar tadi.

“Tengah lepak minum, sekali dia mai, lintang pukang cari tempat teduh. Kekadang fikir juga apalah nasib peniaga-peniaga kecil ini.

“Hanya mencari nafkah untuk dimakan untuk keluarga, ketika ribut melanda habis semua barang-barang mereka basah,”kata pengguna terbabit.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sembilan negeri mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang sehingga pukul 2 pagi nanti.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) antara negeri yang terlibat adalah Pahang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.-KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search