Mangsa banjir di Sabah meningkat
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat, sementara situasi di Pahang kekal setakat awal pagi tadi.
Situasi terkini di Sabah menunjukkan dua daerah baharu terjejas banjir iaitu Pitas dan Paitan, yang mencatatkan lonjakan mendadak kepada 862 mangsa daripada 282 keluarga.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pitas mencatatkan bilangan mangsa tertinggi, dengan 784 mangsa daripada 259 keluarga ditempatkan di tujuh PPS, manakala Paitan melibatkan 61 mangsa dari 17 keluarga di tiga PPS.
Banjir turut melibatkan 19 kawasan di Pitas, tiga kampung di Paitan, dan dua kampung di Kota Marudu.
Pengerusi JPBD Pitas, Asdi@Mohd Faizal Husin, berkata operasi menyelamat tertangguh akibat jalan yang tidak boleh dilalui.
Sekolah yang terjejas di Pitas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.
Sementara di Pahang, seramai 32 mangsa banjir dari 13 keluarga di Raub masih berlindung di PPS SK Ulu Sungai.
Pada masa sama, empat sungai di negeri itu turut mencatatkan paras melebihi tahap waspada, iaitu Sungai Dong, Sungai Keratong, Sungai Pahang, dan Sungai Belat.
Tuaran: Penduduk Kampung Tambalugu, di sini, hidup dalam kebimbangan apabila kediaman mereka digenangi air berpanjangan akibat limpahan dari Loji Penapisan Air Telibong Dua, yang didakwa berlaku sejak lebih sedekad lalu.
Keadaan semakin memburuk sejak kebelakangan ini, dengan paras air meningkat ketara terutama ketika hujan lebat, menyebabkan beberapa rumah penduduk terjejas teruk akibat limpahan air yang tidak pernah kering.
Tinjauan mendapati empat rumah penduduk dikenal pasti berada dalam keadaan kritikal, manakala beberapa bidang tanah pertanian tidak lagi boleh diusahakan.
Wakil penduduk, Stanley Jungkat, 62, berkata, masalah itu berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan untuk mengalirkan air ke sungai berhampiran, sehingga menyebabkan tanah menjadi lembap dan tapak rumah berisiko mendap.
"Kejadian itu menyebabkan ada rumah penduduk terbabit mengalami mendapan dan berisiko roboh apabila tapak kediaman menjadi lembut.
"Permasalahan itu sudah kerap kali disuarakan penduduk terjejas kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan diambil menanganinya sehingga kini," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, kebun buah-buahan milik penduduk yang sebelum ini menjadi punca pendapatan turut rosak teruk akibat air bertakung, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi penduduk.
Stanley berkata, hidup penduduk yang dahulunya selesa berubah menjadi tidak menyenangkan, dengan ancaman risiko rumah roboh dan kehidupan dalam persekitaran air bertakung yang berterusan.
Sehubungan itu, beliau berharap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dapat campur tangan sebelum kejadian lebih buruk berlaku dan sukar ditangani.
Dalam perkembangan berkaitan, Madius memberi jaminan akan turun padang melihat sendiri masalah dihadapi penduduk Tambalugu dalam waktu terdekat.
Katanya, antara pendekatan yang akan dicadangkan kepada kerajaan ialah memindahkan penduduk Tambalugu ke lokasi baharu sebagai jalan penyelesaian jangka panjang.
KOTA BHARU - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempercepatkan proses tuntutan insurans pemilik rumah bumbung rosak kerana dipukul ribut di Kampung Danan, Pasir Puteh.
SPNB dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mengadakan lawatan tapak pada 5 Jun tahun lalu bagi menilai tahap kerosakan yang dialami bagi tujuan proses tuntutan insurans oleh pemilik Rumah Mesra Rakyat, Norazizah Tuan Mat Zin, 50.
SPNB Cawangan negeri Kelantan menerima aduan pada 4 Jun tahun lalu daripada suami pemilik, Wan Rozee Wan Abd Rahman, 49, berkenaan kerosakan rumah akibat ribut di Pasir Putih pada 31 Mei 2024.
“Kami bersimpati dengan pemilik atas bencana yang menimpa kediamannya.
“SPNB amat prihatin terhadap isu ini dan komited untuk mempercepatkan proses tuntutan insurans agar pemilik rumah dapat menggunakan pampasan yang diperolehi bagi kerja-kerja pembaikan kediaman mereka,” kata kenyataan itu.
Kata kenyataan itu lagi, SPNB menegaskan komitmen syarikat dalam memastikan hak pemilik RMR di seluruh negara tidak dinafikan, khususnya berkaitan dengan isu tuntutan insurans.
“SPNB sentiasa mengutamakan kepentingan dan hak para pemilik RMR serta berusaha menangani setiap aduan dengan teliti, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Kami akan terus memastikan setiap aduan diberi perhatian sewajarnya serta diselesaikan dengan sebaik mungkin,” ujar kenyataan itu.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, empat sekeluarga berkenaan terpaksa menumpang di rumah saudara sejak tujuh bulan lalu kerana tidak mampu membaiki sendiri bumbung rumah RMR SPNB yang rosak, dianggarkan menelan kos RM38,000.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR - Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Di Pahang, hujan berterusan menyebabkan banjir di daerah Raub dengan satu PPS dibuka pada 2.30 pagi tadi yang menempatkan 31 mangsa daripada 12 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Ulu Sungai, Batu Malim itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai.
"Hujan berterusan hingga 1 pagi di kawasan Banjaran Titiwangsa telah menyebabkan berlakunya limpahan air Sungai Batu Malim dan menjejaskan penduduk sekitar.
"Walaupun cuaca setakat ini semakin baik dan tidak hujan selepas 1 pagi namun proses pemindahan penduduk masih berterusan memandangkan limpahan air sungai berkenaan masih berlaku,” menurut kenyataan itu.
Di Sabah, 17 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di daerah Kota Marudu pagi ini dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan di sini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu dua kampung terjejas akibat bencana itu iaitu Kampung Tamisan dan Kampung Radu Tigaman.
"Antara mangsa yang dipindahkan termasuk empat Orang Kurang Upaya (OKU), seorang bayi lelaki dan empat kanak-kanak,” katanya.
Di Sarawak, jumlah mangsa kekal 44 dengan satu PPS masih aktif setakat pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit di Daerah Kanowit itu menempatkan 22 keluarga dari Rumah Leo, Nanga Lipus; Rumah Alice; Rumah Alexander; Rumah Geoffey; Rumah Joseph, Rantau Kemiding dan sebuah rumah persendirian. - Bernama
PETALING JAYA: Real-time monitoring is being done on highrisk slopes along federal roads nationwide, says the Works Ministry.
The ministry said this allows for early detection of changes in slope stability, with specialised monitoring equipment installed there.
In an email reply to The Star, the ministry said the Integrated Slope Management System and Landslide Early Warning Systems are utilised by the Public Works Department (JKR) to oversee these slopes.
“Data from the site can be sent directly to the control centre, enabling swift action if there are indications of slope failure.
“Specialised equipment such as sensors and inclinometers, among others, are installed at high-risk slopes, providing precise and relevant data on land and slope stability,” it said.
“The collected data also ensures proper mitigation steps are taken to reduce the chances of landslides in risky locations.”
In addition to real-time monitoring, JKR district and state offices conduct regular patrols, inspections and monitoring to identify early signs of potential landslides.
“JKR district offices will take immediate action such as setting up road diversions or closures if early signs of slope instability are detected. This serves as a safety precaution to prevent vehicles from passing through.”
The ministry said JKR has also developed a Slope Hazard and Risk Map with 34,714 slopes nationwide in its inventory.
Of the number, 26,722 slopes were along federal roads in the peninsula followed by 4,178 in Sabah, 3,633 in Sarawak and 181 in Labuan.
These locations are identified through airborne data acquisition and field data collection.
“Based on the latest figures, some 1,577 slopes were categorised as very high risk by JKR,” it said, adding that there are also 49 rain monitoring stations nationwide with 37 in the peninsula, nine in Sabah and three in Sarawak.
“These stations record rainfall data and will issue a warning alert once it reaches the threshold value for the said location.
“JKR’S Slope Engineering Branch will then issue subsequent alerts to its district and state offices based on the rainfall figures and slope movement data observed at risky slopes,” it said.
Currently, three robotic total stations and one global navigation satellite system have also been installed at Sections 44 and 46 along Route FT185 Jalan Simpang Pulai-lojing-gua Musang to monitor slope movement in that area, said the ministry.