PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Penduduk rayu bina longkang monsun elak banjir kilat

BESUT: Kira-kira 5,000 penduduk di beberapa kampung termasuk Kampung Pachakan di sini, merayu pembinaan monsun drain atau longkang monsun sebagai alternatif mengatasi banjir kilat setiap kali hujan lebat berterusan.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Alor Peroi, Kayu Kelat, Pachakan, Teluk Bayu, Geretak Seratus dan Kampung Alor Jejawi.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­ngurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Kayu Kelat, Ahmad Suazli Mohamed berkata, banjir kilat yang melanda saban tahun bukan hanya membawa risiko keselamatan penduduk malah merosakkan harta.

“Hujan lebat dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam sahaja boleh menyebabkan paras air meningkat mendadak, ditambah masalah air pasang membuat penduduk di sini terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Ada juga kawasan air di dalam sistem perparitannya tidak pernah kering kerana tidak dapat mengalir secara terus ke laut,” katanya semalam.

Seorang penduduk, Norihan Mohd Razali, 46, berkata, dia dan keluarganya sudah penat berdepan rumah dinaiki air se­tinggi dua meter setiap kali hujan dan berharap longkang monsun segera dibina bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Katanya, dalam tempoh setahun, dia bersama enam ahli ke­luarga yang lain terpaksa berpindah lima atau enam kali ke PPS setiap kali hujan lebat me­landa.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman berkata, masalah banjir di beberapa kampung di kawasan itu berlaku sejak sekian lama dan menjejaskan hampir 5,000 penduduk.

“Kita jangka dengan pembinaan longkang berkeluasan lebih tiga meter dan panjang kira-kira dua kilometer dari Kampung Tok Saboh ke Kampung Pachakan dapat mencegah berlakunya banjir kilat,” katanya. – UTUSAN

Ribut burukkan penderitaan pelarian Gaza

GAZA CITY: Ratusan ribu penduduk Palestin yang kini berlindung di kem-kem pelarian sementara dilaporkan bakal berdepan penderitaan lebih perit susulan ramalan ribut baharu yang dijangka membadai Gaza dalam masa terdekat.

Keadaan kem yang sedia ada daif dan tidak mampu menahan cuaca musim sejuk yang ekstrem itu kini menjadi ancaman besar kepada nyawa pelarian. 

Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan minggu lalu sebanyak 127,000 daripada 135,000 khemah di kem pelarian rosak dan tidak lagi boleh didiami akibat cuaca buruk sebelum ini.

Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum melaporkan, pihak Israel masih menghalang kemasukan unit rumah pasang siap dan bahan binaan yang penting untuk perlindungan musim sejuk, selain menyekat aliran bantuan kemanusiaan.

Di bawah perjanjian gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat (AS) bermula 10 Oktober lalu yang dicabuli ratusan kali oleh Israel, penghantaran bantuan sepatutnya ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 600 trak sehari namun hanya purata 145 trak yang dibenarkan masuk.

“Ratusan ribu keluarga pelarian masih tinggal di dalam khemah yang koyak dan rumah tanpa bumbung, terdedah kepada hujan serta malam yang membeku.

“Tanpa bahan api dan alat pemanas, penduduk Palestin terpaksa mengambil langkah terdesak dengan mengukuhkan khemah menggunakan plastik, memakai pakaian berlapis-lapis, serta membakar sisa sampah di dalam khemah untuk memanaskan badan,” kata Tareq.

Kesan musim sejuk kali ini dilaporkan amat tragis apabila seramai 24 orang dilaporkan maut akibat pendedahan kepada cuaca sejuk melampau, dengan 21 daripadanya adalah kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban sejak pertengahan Disember akibat bangunan rosak yang runtuh berpunca daripada faktor cuaca dan kesan pengeboman lalu.

Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya berkata, virus yang menular di wilayah itu sejak awal musim sejuk turut menyebabkan kematian harian, bukan sahaja dalam kalangan warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik, tetapi juga wanita hamil dan kanak-kanak.

Chile wildfires leave 19 dead amid extreme heat as scores evacuated

CONCEPCION, Chile, ‌Jan 19 (Reuters) - Wildfires in Chile have left at least 19 people ‌dead, authorities said on Monday, as the government carried out ‌mass evacuations and fought nearly two dozen blazes exacerbated by intense heat and high winds.

While weather conditions overnight helped control some fires, the largest were still active, with adverse conditions ‍expected throughout the day, security minister, Luis ‍Cordero, said at a news ‌briefing on Monday.

"The projection we have today is of high temperatures," Cordero said, ‍and ​the main worry was that new fires would be triggered throughout the region.

Parts of central and southern Chile were under extreme ⁠heat warnings with temperatures expected to reach up ‌to 37 Celsius (99 Fahrenheit).

STATE OF EMERGENCY DECLARED IN NUBLE, BIO BIO

As of late Sunday, Chile's ⁠CONAF forestry ‍agency said firefighters were combating 23 fires across the country, the largest of which were in regions of Ñuble and Bío Bío, where President Gabriel Boric ‍declared a state of catastrophe.

Over 20,000 hectares (77 square ‌miles) have been razed so far, an area about the size of Seattle, with the largest fire surpassing 14,000 hectares on the outskirts of the coastal city Concepcion.

The fast-moving blaze tore through the towns of Penco and Lirquen over the weekend, destroying hundreds of homes and killing several people, with authorities still assessing the damage.

HEAT, BLAZES ALSO IMPACT ARGENTINA

Authorities are currently ‌battling the fire as it threatened Manzano prison on the edge of Concepcion and the town of Tome to the north.

Both Chile and Argentina rang in the new ​year with heat waves which have continued into January. Earlier this month, wildfires broke out in Argentina's Patagonia, burning around 15,000 hectares.

(Reporting by Alexander VillegasEditing by Bernadette Baum)

Thailand uji sistem amaran kecemasan bergerak seluruh negara tingkat respons bencana

BANGKOK: Thailand semalam menjalankan ujian sistem amaran kecemasan bergerak di seluruh negara menggunakan teknologi penyiaran sel, bertujuan mengurangkan kerugian akibat bencana melalui saluran komunikasi yang berkesan, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana, ujian pada 2 petang waktu tempatan itu mencetuskan isyarat "Amaran Nasional", yang direka untuk bencana berskala besar dan berimpak tinggi, pada peranti mudah alih di kesemua 76 wilayah dan Bangkok secara serentak.

Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Unsit Sampuntharat, berkata penilaian di seluruh negara semalam mengesahkan bahawa sistem amaran itu beroperasi sepenuhnya dan bersedia untuk berfungsi sebagai alat kritikal bagi keselamatan nasional.

Maklum balas awal yang dikumpul melalui persidangan video susulan ujian itu menunjukkan pengguna mudah alih di kawasan sasaran menerima amaran dwibahasa, iaitu Bahasa Thai dan Inggeris dalam tempoh 10 saat, kata Unsit dalam satu taklimat media.

Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Theerapat Kachamat, menyatakan bahawa sistem amaran itu kini diprogramkan untuk merangkumi 14 jenis bencana khusus, termasuk gempa bumi, tsunami, ribut, banjir, pencemaran udara, keganasan di kawasan awam, kebakaran dan kemalangan jalan raya.

 

Walaupun keputusan teknikal memuaskan, Theerapat menegaskan bahawa keberkesanan mana-mana sistem amaran bergantung kepada kerjasama orang awam dan keupayaan mereka untuk bertindak balas dengan betul terhadap nasihat yang diberikan.

Beliau menambah bahawa matlamat utama sistem ini adalah untuk memberi amaran kepada rakyat dan menyediakan mereka untuk bertindak tanpa panik, sekali gus meminimumkan kehilangan nyawa serta memastikan keselamatan.

Tiga terperangkap di lombong tua Jawa Barat, operasi SAR dilancarkan

JAKARTA, 20 Jan: Seramai tiga orang pelombong tempatan dilaporkan terperangkap di sebuah lombong lama yang tidak lagi beroperasi di kawasan syarikat perlombongan milik negara, PT Antam, di Bogor, Jawa Barat, susulan kemunculan asap dari dalam kawasan galian lombong berkenaan pada Ahad lalu.

Susulan laporan daripada orang awam, pasukan penyelamat Pejabat SAR Jakarta bersama Basarnas Special Group (BSG) telah menjalankan tindakan susulan dengan melaksanakan penilaian awal di lokasi kejadian.

Ketua Pejabat SAR Jakarta, Desiana Kartika Bahari, memaklumkan bahawa kesemua mangsa dipercayai berada di kawasan lombong yang telah ditutup dan dikenal pasti sebagai zon berisiko tinggi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati para pelombong berada di dalam lombong yang tidak lagi selamat dan berbahaya sehingga operasi dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan anggota penyelamat,” katanya.

Beliau berkata, struktur dalaman lombong didapati tidak stabil dengan beberapa bahagian mengalami pelapukan, selain kualiti udara yang tidak selamat untuk pernafasan yang memerlukan penggunaan peralatan khas seperti Self Contained Breathing Apparatus (SCBA).

Menurut beliau lagi, laluan lombong yang sempit dengan diameter kira-kira satu meter turut menyukarkan usaha pencarian serta meningkatkan risiko keselamatan pasukan penyelamat.

Sehingga kini, operasi pencarian diteruskan dengan membahagikan pasukan SAR kepada dua kumpulan, iaitu pasukan pencarian di dalam lombong dan pasukan sokongan yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja evakuasi dan perubatan. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search