PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Malaysia, Brunei bakal laksana latihan pengurusan bencana bersama

PETALING JAYA: Malaysia dan Brunei bakal melaksana latihan bersama dalam pengurusan bencana selain memperkasa komitmen antara kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menerima kunjungan dari Menteri Hal Ehwal Dalam Negara Brunei, Dato Seri Awang Ahmaddin Abdul Rahman di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, perjumpaan itu menjadi kesempatan untuk berkongsikan mengenai Majlis Pengurusan Bencana Negara iaitu platform tertinggi bagi memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan pengurusan bencana secara lebih menyeluruh.

Selain itu, katanya, beliau turut memperkenalkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional sebagai gerakan berterusan untuk menyemai budaya siaga dalam kalangan rakyat di semua peringkat dalam mendepani sebarang risiko serta cabaran bencana.

“Pertemuan ini memfokuskan kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pengurusan bencana meliputi perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti dan latihan bersama. 

“Kunjungan ini juga memberi peluang kepada delegasi Brunei meninjau kemudahan di Pusat Simulasi Bencana di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi meneroka peluang penganjuran latihan bersama di fasiliti tersebut pada masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerjasama strategik antara Malaysia dan Brunei itu akan dilaksanakan di bawah memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam Pengurusan Bencana yang telah ditandatangani pada 5 April 2021 sewaktu Konsultasi Tahunan ke-23 di Bandar Seri Begawan.

Beliau berkata, Malaysia amat menghargai peranan mesyuarat dua hala antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) Brunei sebagai platform strategik yang  berjaya menyelaraskan pelbagai aktiviti kerjasama sejak tahun 2022.

Katanya, Malaysia melalui Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) komited untuk memberikan sokongan penuh kepada Brunei bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa INSARAG External Classification (IEC).

Jelasnya, pasukan SMART sebagai mentor akan berkongsi kepakaran dan bimbingan teknikal serta penilaian keupayaan Urban Search and Rescue (USAR) bagi pasukan penyelamat Brunei. 

“Kami juga bersetuju untuk menekankan kepentingan pelaksanaan latihan sepadu pengurusan bencana rentas sempadan secara berkala memandangkan Malaysia dan Brunei berkongsi sempadan darat yang panjang. 

“Usaha membangunkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan bencana rentas sempadan sedang giat dijalankan bagi memastikan tindak balas yang terselaras, pantas, dan berkesan sekiranya berlaku bencana di kawasan sempadan,” katanya.

Tambahnya, cadangan untuk menghidupkan semula latihan Search and Rescue Exercise (SAREX) yang melibatkan pelbagai tema operasi penyelamatan turut disambut baik  demi memperkukuh keupayaan agensi tindak balas kedua-dua pihak.-UTUSAN

Pembenihan awan berjaya, hujan lebat di Perlis, Kedah berjaya

PETALING JAYA– Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan di Perlis dan Kedah semalam disahkan berjaya apabila menghasilkan taburan hujan signifikan di kawasan tadahan empangan utama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi yang digerakkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) itu menyasarkan kawasan Empangan Muda, Pedu dan Ahning di Kedah serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.

“Operasi bermula pada pukul 3 petang di Kedah sebelum diteruskan di Timah Tasoh pada pukul 3.40 petang menggunakan pesawat C130-Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Teknik yang digunakan ialah semburan larutan garam ke dalam awan kumulus menara dan keadaan atmosfera ketika itu amat sesuai dengan kehadiran awan konvektif aktif serta kelembapan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil cerapan radar  cuaca menunjukkan hujan mula dikesan di Empangan Timah Tasoh seawal pukul 5 petang, manakala di Empangan Ahning hujan turun sekitar pukul 7.30 malam hingga 9 malam.

Menurut beliau, data stesen cerapan dan sistem MyRAE MET Malaysia merekodkan taburan hujan antara 10 hingga 45 milimeter di Perlis (7 hingga 8 malam), manakala Kedah mencatatkan antara 6 hingga 57.4 milimeter (7 hingga 10 malam).

“Secara keseluruhan, liputan hujan berjaya merangkumi kawasan tadahan utama dan operasi ini dikategorikan sebagai berjaya,” ujarnya.

Tambah beliau, pelaksanaan OPA merupakan langkah intervensi bagi menangani kekurangan air susulan cuaca kering yang melanda sejak beberapa minggu lalu.

Operasi tersebut turut memberi tumpuan kepada 11 empangan utama berstatus waspada, amaran dan kritikal di Perak, Kedah, Perlis serta Johor bagi tempoh 6 hingga 8 April lalu.

Dalam pada itu, operasi akan diteruskan hari ini dengan menyasarkan kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Bukit Merah di Perak.

“Pendekatan berasaskan sains dan kesiapsiagaan seperti ini penting sebagai benteng menghadapi cabaran perubahan iklim serta memastikan bekalan air dan sektor pertanian negara terus terjamin,” katanya.- KOSMO! ONLINE

 

Pembenihan awan hari ke-3 berjaya, tumpu empangan Temenggor dan Bukit Merah

PETALING JAYA – Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dengan tumpuan diberikan di kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut digerakkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kesemua petugas selamat kembali ke pangkalan selepas misi selesai.

“Sebanyak empat tangki bancuhan larutan garam digunakan dalam operasi berkenaan, dengan setiap tangki mengandungi 200 kilogram natrium klorida yang dilarutkan dalam 1,500 liter air sebelum disembur ke dalam formasi awan kumulus menara di kawasan sasaran.

“Alhamdulillah, operasi berjalan dengan baik dan teratur. Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus bagi memastikan misi ini berjaya dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berharap usaha tersebut memberi kesan positif khususnya dalam meningkatkan paras air empangan sekali gus menjamin bekalan air kepada rakyat.

Tambahnya, pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan segala usaha akan diperkukuh demi memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

“Semoga setiap ikhtiar ini dipermudahkan dan diberkati,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Pembenihan awan hari ketiga berjaya - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang memasuki hari ketiga hari ini dilaksanakan dengan lancar dengan tumpuan di kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata operasi itu digerakkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan semua petugas telah selamat kembali ke pangkalan selepas misi selesai.

"Sebanyak empat tangki bancuhan larutan garam digunakan dalam operasi berkenaan dengan setiap tangki mengandungi 200 kilogram (kg) natrium klorida yang dilarutkan dalam 1,500 liter air sebelum disembur ke dalam formasi awan kumulus menara di kawasan sasaran.

"Alhamdulillah, operasi berjalan dengan baik dan teratur. Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus memastikan misi ini berjaya dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Beliau turut berharap usaha berkenaan memberi kesan positif khususnya dalam meningkatkan paras air empangan sekali gus menjamin bekalan air kepada rakyat.

 

"Pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan segala usaha akan diperkukuh demi memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

"Semoga setiap ikhtiar ini dipermudahkan dan diberkati," katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), berkata OPA yang dilaksanakan semalam dikategorikan sebagai berjaya apabila data daripada stesen cerapan dan sistem MyRAE METMalaysia menunjukkan taburan hujan ketara di dua negeri.

Katanya, data di Perlis menunjukkan taburan hujan antara 10 milimeter (mm) hingga 45mm dari jam 7 hingga 8 malam, manakala di Kedah mencatatkan antara 6mm hingga 57.4mm dari jam 7 hingga 10 malam.

OPA memberi tumpuan kepada 11 empangan utama dalam kategori waspada, amaran dan kritikal membabitkan tiga negeri di utara membabitkan Perak, Kedah dan Perlis, serta satu kawasan di selatan Semenanjung iaitu Johor bermula 6 April hingga 8 April hari ini.

Operasi semalam menyasarkan kawasan tadahan Empangan Muda, Pedu dan Ahning di Kedah dan Empangan Timah Tasoh di Perlis dengan teknik semburan larutan garam ke dalam formasi awan kumulus menara dengan menggunakan pesawat C130-Hercules milik TUDM.

Nation National Disaster Management Council to streamline emergency response strategies nationwide

PUTRAJAYA: In order to streamline the country's emergency response strategies, the government will be setting up the National Disaster Management Council, says Datuk Fahmi Fadzil.

The Communications Minister said the aim of the council is to have better integration between federal- and state-level authorities.

He said to ensure nationwide representation, the council's permanent membership will include all Mentris Besar, Chief Ministers and the Premier of Sarawak.

At a press conference on Wednesday (April 8) after a Cabinet meeting, Fahmi said the National Disaster Management Agency (Nadma) had been appointed as the council's official secretariat.

 

"Meetings will be convened immediately following the conclusion of the periodic Mentris Besar and Chief Ministers' conferences," he said.

Fahmi also addressed Cabinet discussions on the two-week ceasefire between Iran and the United States.

While the Malaysian government welcomed the temporary cessation of hostilities, Fahmi warned of the lingering economic effects caused by the conflict.

He said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim briefed the Cabinet on the 10-point plan from Iran and the 15-point plan from the United States, expressing hope that the two-week ceasefire would allow for a finalised peace agreement.

However, he cautioned that the damage to global energy infrastructure would not be rectified overnight.

"Even with this temporary peace, we will continue to feel the impact of the conflict due to the damage caused to energy ecosystems and infrastructure in the Gulf states."

Fahmi said the Cabinet and the Economic Action Council were told that repairing storage tanks, pipelines and processing facilities could take anywhere from several months to several years.

Furthermore, he said logistical bottlenecks remain a primary concern for global supply chains, with approximately 2,000 vessels still trapped in the Strait of Hormuz.

"Movement in the strait is slow. These are massive vessels carrying highly flammable fuel so their journey is inherently time-consuming," he said.

Fahmi emphasised that the government's immediate priority is to secure the domestic supply chain to shield the public from external volatility.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search