OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Agencies, developers to meet over PJ floods

PETALING JAYA:
 Damansara MP Gobind Singh Deo has called for a meeting today involving government agencies and developers to draw up an action plan after the flash floods and landslide which recently affected several areas in Petaling Jaya.

According to Astro Awani, the meeting will involve the environment department, the drainage and irrigation department, the fire and rescue department, the Petaling Jaya City Council, developers, and other technical agencies.

Gobind, the DAP chairman, said the parties had been asked to submit proposals on immediate measures and long-term solutions to tackle flooding.

He said residents’ safety must remain the priority before any repairs or mitigation work is carried out, citing concerns over the condition of roads, riverbanks and nearby homes.

Heavy rain triggered flash floods across parts of the Klang Valley last Saturday. Popular food court Medan Selera 223, which was inundated, was among the affected areas.

 

Banjir kilat: 97 murid SK Jeram Tekoh naik lori balik sekolah

GUA MUSANG: Seramai 97 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini, dihantar pulang ke rumah masing-masing menggunakan lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas banjir kilat menenggelamkan laluan utama ke kampung tersebut, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa jalan kampung dan laluan utama dilimpahi air sekali gus tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Pegawai APM Gua Musang, Mohd. Hanafi Mohd. Bokri berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada pukul 10.15 pagi sebelum menggerakkan enam anggota bersama sebuah lori lima tan ke lokasi.

Katanya, operasi penghantaran pulang murid dijalankan kerana jalan utama dan beberapa jalan kampung hanya boleh dilalui kenderaan berat.

“Sejurus selepas menerima laporan, enam anggota bersama sebuah lori lima tan digerakkan ke lokasi. Seramai 97 murid dihantar pulang ke rumah masing-masing termasuk seorang murid prasekolah.

“Murid yang dihantar pulang terdiri daripada 20 orang murid Zon 1, 17 orang (Zon 2), 16 orang (Zon 3), 16 orang dari Kampung Baru dan 28 orang murid dari Sungai Asap,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Agencies, developers to meet over PJ floods

PETALING JAYA:
 Damansara MP Gobind Singh Deo has called for a meeting today involving government agencies and developers to draw up an action plan after the flash floods and landslide which recently affected several areas in Petaling Jaya.

According to Astro Awani, the meeting will involve the environment department, the drainage and irrigation department, the fire and rescue department, the Petaling Jaya City Council, developers, and other technical agencies.

Gobind, the DAP chairman, said the parties had been asked to submit proposals on immediate measures and long-term solutions to tackle flooding.

He said residents’ safety must remain the priority before any repairs or mitigation work is carried out, citing concerns over the condition of roads, riverbanks and nearby homes.

Heavy rain triggered flash floods across parts of the Klang Valley last Saturday. Popular food court Medan Selera 223, which was inundated, was among the affected areas.

 

Tanah runtuh: Dahan pokok, batu tutup Jalan Tapah-Cameron Highlands

IPOH: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Batu 25 (Jalan Pahang), kira-kira tujuh kilometer (km) ke Ringlet, Cameron Highlands, Pahang akibat hujan lebat berterusan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.12 petang dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 42 km.

Beliau berkata tanah runtuh itu yang membawa dahan pokok dan batu menutup separuh jalan, namun tidak melibatkan mangsa.

Sabarodzi berkata anggota terlibat melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok selain operasi dibantu syarikat konsesi Belati Wangsa yang membawa jengkaut untuk menolak tanah dan batu.

"Setelah anggota membuat pemeriksaan dan memastikan tiada lagi bahaya lain, kerja pembersihan diserahkan kepada pihak Belati Wangsa untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi tamat pada 5.10 petang dan hujan dilaporkan berhenti pada 6 petang tadi.

Terdahulu, satu rakaman video tanah runtuh dipercayai berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands tular di media sosial.

Tanah runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands, tiada mangsa terbabit

Ipoh: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Batu 25 (Jalan Pahang), kira-kira tujuh kilometer (km) ke Ringlet, Cameron Highlands, Pahang akibat hujan lebat berterusan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.12 petang dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 42 km.

Beliau berkata tanah runtuh itu yang membawa dahan pokok dan batu telah menutup separuh jalan, namun tidak melibatkan mangsa.

Sabarodzi berkata anggota terlibat melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok selain operasi dibantu syarikat konsesi Belati Wangsa yang membawa jengkaut untuk menolak tanah dan batu.

"Setelah anggota membuat pemeriksaan dan memastikan tiada lagi bahaya lain, kerja pembersihan diserahkan kepada pihak Belati Wangsa untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi tamat pada 5.10 petang dan hujan dilaporkan berhenti pada 6 petang tadi.

Terdahulu, satu rakaman video tanah runtuh dipercayai berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands tular di media sosial.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search