OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: KPDN Terengganu lantik 271 pemborong, peruncit simpan stok makanan

Banjir: KPDN Terengganu lantik 271 pemborong, peruncit simpan stok makanan

KUALA TERENGGANU – Seramai 100 pemborong terpilih daerah (DDW) dan 171 peruncit terpilih daerah (DDR) telah dilantik di seluruh Terengganu bagi memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi sepanjang musim tengkujuh ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, kesemua DDW dan DDR berkenaan dibenarkan untuk menyimpan bekalan barangan keperluan lebih 30 peratus daripada bulan biasa pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini

“Mereka dilantik sebagai pemegang stok mini bagi memastikan bekalan barangan keperluan untuk pengguna terutama lokasi berisiko banjir sentiasa mencukupi pada musim tengkujuh ini.

“Kesediaan bekalan barangan keperluan itu termasuk di kawasan pulau dan pedalaman akan dipantau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) yang beroperasi antara pukul 8 pagi hingga 10 malam sepanjang musim banjir,” katanya di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali peringkat Terengganu.

Mohd. Mufsi berkata, ECC yang dibuka di setiap cawangan KPDN Terengganu turut berperanan memeriksa dan memantau rantaian pengedaran bekalan keperluan secara harian sepanjang tempoh MTL.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan barangan keperluan pada musim tengkujuh sentiasa dijamin mencukupi.

“Sekiranya berlaku juga aktiviti menyorok barangan kawalan dan menaikkan harga secara tidak munasabah, lapor segera pada ECC,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search