OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik – Mohamad Sabu

Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik – Mohamad Sabu

KOTA BHARU, 4 Nov: Bekalan makanan negara termasuk beras masih mencukupi dan stabil, justeru rakyat tidak perlu panik atau membuat pembelian secara berlebihan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan kemungkinan fenomena Super El Nino.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini keadaan bekalan makanan negara masih terkawal dan belum memerlukan rakyat menyimpan stok makanan seperti beras dan telur dalam kuantiti yang banyak.

Beliau berkata kerajaan akan memaklumkan kepada rakyat sekiranya berlaku perubahan terhadap keadaan bekalan makanan negara yang memerlukan tindakan tertentu.

“Setakat ini kita tidak perlu panik apa-apa. Tidak perlu beli beras atau telur untuk simpan banyak-banyak.

“Insya-Allah kalau sampai peringkat itu kita akan beritahu tetapi setakat ini keadaan makanan masih stabil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Skim Takaful Tanaman Padi di Bendang Belukar di sini hari ini.

Mohamad turut memberi jaminan bekalan beras ketika ini mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat meskipun negara sedang membuat persediaan menghadapi perubahan cuaca dan kemungkinan gangguan terhadap sektor agromakanan.

“Cukup. Masih ada. Beras pun cukup, insya-Allah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persiapan stok makanan untuk menghadapi MTL. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search