OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hujan lebih 100mm di Lembah Klang sehingga hujung minggu

Hujan lebih 100mm di Lembah Klang sehingga hujung minggu

SHAH ALAM – Taburan hujan melebihi 100 milimeter (mm) dijangka berterusan setiap petang di Lembah Klang sehingga hujung minggu ini.

Kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip keadaan itu menyebabkan banjir kilat di Kawasan terjejas.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku di negeri lain termasuk Perlis dan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu temuramah sebuah portal hari ini.

Tambah Dr. Mohd. Hisham, taburan hujan biasa ialah 20mm dan bagi hujan lebat pula 50mm. Banjir kilat yang berlaku di Kampung Melayu Subang kerana hujan agak lebat yang berlaku di Lembah Klang dan juga negeri Barat Semenanjung sebenarnya dari Perlis sampai ke Negeri Sembilan.

Ujarnya, keadaan ini disebabkan Monsur Timur Laut (MTL) yang bermula 29 Oktober lalu yang mana angin dari timur bertiup agak perlahan antara 10 ke 20 kilometer sejam dan disertai banyaknya kelembapan udara.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, MTL dijangka bermula pada 27 Oktober ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan, dengan tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan diramal berlaku pada fasa awal monsun berkenaan.

Fenomena cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir, khususnya di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.-KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search