Selangor gears up for north-east monsoon, deploys 7,677 personnel for disaster response
- Admin UKK
- Berita
SHAH ALAM, Nov 4 — The Selangor state government has mobilised 7,677 personnel from various state agencies to prepare for disasters during the Northeast Monsoon (MTL), which is expected to continue until March 2027.
State Public Health and Environment Committee chairman Jamaliah Jamaluddin said the mobilisation involved the State Disaster Management Unit (UPBN), local authorities, district offices and relevant agencies to coordinate operations and monitor high-risk areas.
In a statement today, she said the operation was supported by 708 land vehicles, 247 water transport assets and various rescue equipment, including 5,739 tents, 1,950 life jackets, 141 water pumps and 20 drones.
According to the Selangor Drainage and Irrigation Department (JPS), the state is expected to receive 2,232 millimetres of rainfall this year, with 1,460 mm, or 65 per cent, recorded as at November 1. Rainfall of 268 mm and 230 mm is forecast for November and December respectively.
Jamaliah said JPS was monitoring flood risks through 221 rainfall telemetry stations, 124 water-level monitoring stations, 140 warning sirens and 72 IP cameras.
Based on 2025 data, JPS had identified 56 flood hotspots and 232 flood-prone areas, with Klang recording the highest number of hotspots at 13, followed by Petaling (11), Gombak (10) and Hulu Langat (nine).
She also cautioned residents in coastal and river estuary areas of Klang, Sepang, Petaling, Kuala Langat, Sabak Bernam and Kuala Selangor about the risk of high tides.
Meanwhile, 1,161 temporary relief centres (PPS) had been identified statewide, including 696 schools under the Education Ministry, 242 public halls and 135 community halls.
She advised residents to monitor weather alerts through the JPS Public InfoBanjir portal and the Malaysian Meteorological Department’s (MET Malaysia) myCuaca 3.0 application, and comply with evacuation orders. — Bernama
Indonesia akan gesa ratifikasi perjanjian pusat jerebu ASEAN pada sidang kemuncak serantau di Manila
Indonesia akan gesa ratifikasi perjanjian pusat jerebu ASEAN pada sidang kemuncak serantau di Manila
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA: Indonesia akan menggesa ratifikasi perjanjian bagi membolehkan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ACCTHPC) beroperasi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila.
Ketua Pengarah Kerjasama ASEAN Kementerian Luar Indonesia, Ina Krisnamurthi, berkata pusat itu sudah mempunyai sekretariat di Jakarta, namun masih belum dapat memulakan operasi sementara menunggu ratifikasi perjanjian berkenaan oleh negara anggota ASEAN.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya enam negara anggota perlu meratifikasi perjanjian itu sebelum ia boleh berkuat kuasa, namun setakat ini hanya Vietnam telah menyelesaikan proses berkenaan.
"Pusat ini mesti mula beroperasi. Jika tidak, tiada gunanya menubuhkan sebuah pusat yang tidak dapat berfungsi. Kita mesti segera melaksanakan apa yang telah dirancang menerusi pusat ini," katanya menurut agensi berita Antara.
Ina menyifatkan pusat itu berpotensi membawa perubahan besar dalam memperkukuh Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) yang mula berkuat kuasa pada 2003.
Kuala Lumpur: Seramai 28 keluarga mangsa tragedi banjir yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu, layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berkata PERKESO melakukan semakan terhadap 54 mangsa tragedi berkenaan dan daripada jumlah itu, 28 daripadanya memenuhi syarat kelayakan.
"PERKESO sudah melakukan semakan dengan teliti bagi memastikan tiada waris yang berhak tercicir daripada menerima perlindungan sewajarnya.
"Justeru, pada hari ini, setiap keluarga yang layak akan menerima bayaran faedah berjumlah RM3,000 sebagai bantuan kewangan segera.
"Mereka juga layak mendapat faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan. Proses pembayaran akan dilaksanakan sebaik saja maklumat dan dokumen berkaitan dilengkapkan," katanya dalam Majlis Penyerahan Faedah PERKESO kepada waris mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal, di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Pada 26 Ogos lalu berlaku banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di Nepal menyebabkan 55 rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi.
Tragedi itu berpunca daripada runtuhan gunung glasier dan sisa batuan (ice and rock avalanche) di kawasan tanah tinggi sepanjang sempadan Nepal-China.
Runtuhan berkenaan mencetuskan banjir seumpama tsunami yang memusnahkan kawasan penempatan di sepanjang Sungai Lende Khola dan Sungai Trishuli, terutamanya di Daerah Rasuwa, Nepal.
Mengulas lanjut mengenai majlis hari ini, Ramanan berkata, hanya 16 keluarga hadir untuk menerima faedah berkenaan dan selebihnya akan diberikan secara berperingkat.
Katanya, jumlah faedah keseluruhan untuk 28 keluarga berkenaan ialah RM174,000.
Dalam pada itu Ramanan memaklumkan PERKESO akan meneruskan usaha untuk mengesan serta melengkapkan maklumat waris yang layak di seluruh Malaysia.
"Sehubungan itu, saya menyeru waris yang belum dihubungi supaya tampil ke pejabat PERKESO yang berhampiran.
"Inisiatif ini membuktikan bahawa sistem perlindungan sosial negara bersifat responsif dan proaktif, bukan sahaja dalam keadaan biasa, malah ketika rakyat ditimpa musibah," katanya.
Menurutnya, bagi mangsa yang tidak mempunyai rekod caruman, PERKESO akan tetap membantu dengan menyalurkan maklumat mereka kepada 990 rakan strategik termasuk 130 agensi berkaitan melalui Program Social Synergy.
"Inilah sebabnya saya percaya perlindungan keselamatan sosial bukan sekadar kemudahan, tetapi ia keadilan sosial yang menjadi hak asasi setiap pekerja, tanpa mengira sektor, jenis pekerjaan, status atau siapa majikannya," katanya.
SINGAPURA: Parlimen Singapura pada Rabu meluluskan pindaan terhadap Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA), dengan perubahan utama termasuk peningkatan denda maksimum serta pengukuhan kuasa siasatan dan penguatkuasaan terhadap entiti yang bertanggungjawab menyebabkan jerebu rentas sempadan.
Pindaan itu meningkatkan denda maksimum bagi kesalahan utama sebanyak 10 kali ganda daripada S$2 juta kepada S$20 juta, manakala denda harian dinaikkan daripada S$100,000 kepada S$1 juta bagi perbuatan menyebabkan atau menyumbang kepada kebakaran tanah atau hutan yang berisiko mengakibatkan jerebu di Singapura.
Pindaan berkenaan turut memperluas kuasa siasatan bagi mengesan hubungan komersial serta mengenakan sekatan terhadap pelbagai urusan perniagaan dan rantaian bekalan untuk memastikan entiti yang terlibat dipertanggungjawabkan, selain menghapuskan halangan undang-undang terhadap penguatkuasaan selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar, Grace Fu berkata pindaan itu akan memperkukuh kedudukan Singapura sebagai sebuah negara yang mempunyai piawaian alam sekitar yang diyakini dan teguh.
"Jerebu rentas sempadan merupakan isu yang kompleks, namun kami komited untuk melakukan apa yang termampu dalam bidang kuasa kami bagi mengurangkan dorongan terhadap amalan perhutanan dan pertanian yang tidak mampan.
"Pindaan yang kami lakukan menunjukkan komitmen kami untuk memastikan kebolehkesanan rantaian bekalan serta membendung manfaat ekonomi yang diperoleh syarikat yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan amalan menyalahi undang-undang," katanya ketika menggulung perbahasan di Parlimen.
Fu berkata Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan serantau, termasuk menerusi peranannya sebagai tuan rumah Pusat Meteorologi Khusus ASEAN dan selaku Pengerusi ASEAN pada 2027, bagi memperkukuh keupayaan jangka panjang blok itu menangani jerebu rentas sempadan.
"THPA bukan penyelesaian tunggal, sebaliknya satu daripada pelbagai instrumen yang perlu digunakan untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan," tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA), Simon Tay berkata pindaan berkenaan akan memperketat hukuman terhadap syarikat yang bertanggungjawab menyebabkan jerebu rentas sempadan.
"THPA merupakan instrumen perundangan yang boleh digunakan terhadap syarikat korporat dan akan membolehkan Singapura mengambil tindakan berkesan terhadap syarikat yang melanggar undang-undang," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Tay mengingatkan bahawa undang-undang yang lebih ketat sahaja tidak mampu mencegah kejadian jerebu pada masa hadapan, khususnya dalam keadaan perubahan iklim.
"Kerjasama dalam kerangka ASEAN serta dengan Indonesia dan negara jiran juga amat penting," tambahnya.
KUALA LUMPUR: Industri sawit perlu mempergiat langkah pencegahan kebakaran dan sentiasa siap siaga bagi melindungi masyarakat serta alam sekitar daripada ancaman jerebu, termasuk melakukan lebih daripada pematuhan kawal selia untuk menghasilkan impak positif.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SD Guthrie Bhd, Mohd Haris Mohd Arshad berkata industri sawit sering dipersalahkan berhubung kejadian kebakaran dan jerebu, walaupun punca sebenarnya adalah berbeza dan kewujudan titik panas semata-mata tidak membuktikan wujud salah laku.
Beliau berkata industri itu juga perlu menilai amalan masing-masing dan memastikan sebarang kesimpulan perlu dibuat berdasarkan bukti.
"Walaupun berdepan pelbagai kerumitan, kita perlu sentiasa ingat bahawa tanaman bukan punca masalah. Aktiviti manusia yang menjadi penyebabnya," katanya menerusi ucapan penaja utama bertajuk "Greater Possibilities, Rooted in Responsibility" pada Sesi Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) Persidangan Meja Bulat 2026 (RT2026) di Jakarta, Indonesia semalam.
Mohd Haris berkata jerebu membawa kesan serius kepada masyarakat apabila pekerja terdedah kepada udara tidak sihat, kanak-kanak terpaksa berlindung di dalam rumah, manakala warga emas serta individu bermasalah kesihatan berdepan risiko lebih tinggi.
Beliau berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan kebakaran merebak sehingga mencetuskan kecemasan yang lebih besar.
Mohd Haris turut menggariskan tiga pendekatan praktikal untuk menangani risiko kebakaran, iaitu "See It, Own It dan Sort It", dengan pendekatan pertama menekankan pemantauan, kebolehkesanan, data saintifik serta pengetahuan tempatan bagi mengenal pasti risiko sebelum kemunculan asap.
"Sistem amaran awal hanya berkesan sekiranya maklumat berkenaan disampaikan kepada pihak yang berupaya mengambil tindakan," katanya.
Menerusi pendekatan "Own It", Mohd Haris berkata tanggungjawab wajar ditetapkan dengan jelas, manakala syarikat perlu bekerjasama dengan masyarakat dan pihak berkuasa apabila risiko kebakaran melangkaui sempadan kawasan masing-masing.
Beliau berkata antara langkah yang boleh diambil ialah berkongsi maklumat amaran, menyelaraskan tindakan serta membantu masyarakat mendapatkan alternatif yang praktikal bagi mengelakkan pembakaran.
Bagi pendekatan "Sort It", Mohd Haris berkata tindakan perlu diambil segera sebaik sahaja risiko dikenal pasti, termasuk mengenakan tindakan terhadap salah laku yang terbukti, memulihkan kerosakan dan menambah baik sistem yang gagal berfungsi.
"Apabila salah laku terbukti, tindakan tegas mesti diambil. Apabila kemudaratan berlaku, kita wajib mengatasinya. Apabila sistem gagal, kita harus memperbaikinya," katanya sambil menambah bahawa saiz, sejarah dan pensijilan yang dimiliki SD Guthrie tidak meletakkan syarikat itu bebas daripada penelitian, sebaliknya meningkatkan piawaian yang perlu mereka patuhi.
Usaha pulih reputasi, kepercayaan masyarakat
Mohd Haris berkata usaha industri untuk memulihkan reputasi dan kepercayaan masyarakat perlu melebihi keperluan minimum kerana pencegahan kemudaratan dan pematuhan piawaian adalah asas operasi bertanggungjawab, bukannya had pencapaian yang boleh dilakukan.
Beliau berkata kerangka kelestarian "Beyond Zero" SD Guthrie mencerminkan aspirasi syarikat itu untuk beralih daripada sekadar mengurangkan kemudaratan kepada menghasilkan impak positif terhadap alam semula jadi, masyarakat dan kehidupan.
Kerangka itu berteraskan tiga tonggak, iaitu "Zero" bagi mengurangkan kesan negatif terhadap manusia dan bumi, "Restore" untuk memulihara serta memulihkan alam semula jadi dan biodiversiti manakala "Transform" bertujuan meningkatkan kehidupan serta mata pencarian masyarakat.
Mohd Haris turut mengetengahkan projek rintis lima tahun janaan semula minyak sawit dengan kerjasama WWF-Malaysia yang diumumkan awal tahun ini meliputi kawasan kira-kira 13,000 hektar di Tawau-Kunak, Sabah.
"Penilaian asas projek itu melibatkan empat ladang diperakui RSPO dan sebuah kilang bagi meneliti amalan pertanian, usaha pemuliharaan serta langkah melindungi keselamatan pekerja," katanya sambil menambah kamera perangkap yang dipasang di kawasan itu merakam beberapa spesies hidupan liar, termasuk tenggiling Sunda, harimau dahan Borneo dan beruang matahari, dengan sebahagiannya dikesan di kawasan ladang syarikat itu.
Mohd Haris berkat penilaian berkenaan turut mengenal pasti kawasan keutamaan bagi menghubungkan semula habitat supaya hidupan liar dapat bergerak merentasi landskap tersebut.
Piawaian kelestarian diperkukuh
Beliau berkata inisiatif itu juga bertujuan meningkatkan kesihatan tanah, mengekalkan produktiviti pertanian serta memberikan manfaat tambahan kepada pekerja dan masyarakat sekitar, selain mengiktiraf kepentingan hutan semula jadi yang tidak berganti.
Mohd Haris berkata wakil SD Guthrie dan WWF-Malaysia turut membentangkan dapatan serta perkembangan kerjasama janaan semula pertanian itu pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP17) di Armenia.
Pada masa sama, beliau turut menyeru pemain industri, khususnya pengusaha ladang yang diperakui RSPO supaya memperkukuh piawaian kelestarian sedia ada serta membuktikan operasi mereka dapat meningkatkan daya tahan landskap selain memberikan manfaat lebih luas kepada masyarakat dan alam semula jadi.
"Apabila ancaman jerebu berlaku lagi di rantau ini, janganlah kita mencari siapa yang harus dipersalahkan. Sebaliknya, kita perlu bersedia dengan jaringan kerjasama, ketelusan dan tindakan yang sewajarnya," katanya.
