Banjir di Pontian, 2 PPS dibuka
- Admin UKK
- Berita
PONTIAN: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Durian dan SK Penerok, di sini, hari ini.
Seramai 110 mangsa dari 47 keluarga ditempatkan di PPS SK Sungai Durian manakala 61 mangsa dari 17 keluarga di tempatkan di SK Penerok yang dibuka sejak jam 7 malam tadi.
Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan pembukaan PPS di SK Sungai Durian menempatkan mangsa dari empat kampung iaitu Kampung Sungai Durian, Kampung Baru, Kampung Chokoh dan Kampung Tanjung Piai.
PPS SK Penerok pula menempatkan mangsa dari dua kampung iaitu Kampung Sungai Buntu dan Kampung Sungai Penerok.
"Mangsa dipindahkan di dua PPS berkenaan disebabkan rumah kediaman tidak selamat untuk diduduki kerana dinaiki air, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Β
