OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Air pasang besar, 47 mangsa banjir ditempatkan di PPS di Merbok

Air pasang besar, 47 mangsa banjir ditempatkan di PPS di Merbok

SUNGAI PETANI: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Pial di Mukim Merbok, yang menempatkan 47 mangsa daripada 25 keluarga susulan kejadian air pasang besar yang berlaku semalam.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Zakiyah Md Akhir, berkata PPS itu dibuka jam 4 petang semalam dan semua mangsa terbabit adalah dari Kampung Huma.

Beliau berkata, kejadian air pasang berlaku pada jam 12.15 tengah hari semalam menyebabkan kediaman penduduk di kampung berkenaan terjejas dinaiki air susulan air pasang itu.

"Jumlah mangsa membabitkan 11 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa, 13 kanak-kanak, seorang bayi lelaki dan 10 warga emas.Β "Setakat ini cuaca dalam keadaan baik dan tiada hujan, " katanya.

Β 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search