OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

34 keluarga dipindahkan ke PPS akibat banjir kilat di Pontian

34 keluarga dipindahkan ke PPS akibat banjir kilat di Pontian

PONTIAN – Seramai 80 mangsa daripada 34  keluarga dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir kilat yang melanda beberapa kampung di daerah ini selepas hujan lebat berterusan sejak petang tadi.

Keluarga

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian berkata, dua PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Durian dan SK Penerok pada pukul 7 malam tadi.

Menurutnya, PPS SK Sungai Durian menempatkan seramai 69 mangsa daripada 29 keluarga membabitkan penduduk Kampung Sungai Durian, Kampung Baru, Kampung Chokoh Laut dan Kampung Tanjung Piai.

“Manakala PPS SK Penerok pula menempatkan 11 mangsa daripada enam keluarga melibatkan penduduk Kampung Sungai Buntu dan Kampung Penerok,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Katanya, pelbagai agensi di bawah JPBD Pontian telah digerakkan sejak petang bagi memastikan urusan pemindahan dan pembukaan PPS berjalan lancar.

Antara agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selain penghulu mukim dan ketua kampung.

“Urusan pendaftaran mangsa dijangka selesai malam ini bagi membolehkan bantuan segera disalurkan kepada semua mangsa banjir,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search