OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

17 Oktober 2023 ~ Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2023 dirasmikan oleh YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
ย 
Sejak tahun 2016, Malaysia secara rasminya telah mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional dengan penglibatan pelbagai agensi utama seperti ATM, PDRM, JBPM, SMART, KKM, RELA, APMM dan APM.
Di peringkat negara, tema ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ yang di bawa pada BKN kali ini merupakan manifestasi Kerajaan Perpaduan untuk memastikan budaya kesiapsiagaan menghadapi bencana terus diamalkan lebih-lebih lagi menjelang musim Monsun Timur Laut yang akan datang.
ย 
Previous Next

17 Oktober 2023 ~ Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Kementerian dan Jabatan di bawah JPBP.
Mesyuarat ini membincangkan persediaan Kementerian/Jabatan dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang melibatkan pembentangan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran dan NADMA. Selain itu, lima (5) kertas makluman melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga turut dimaklumkan dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat turut disertai Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Pengarah-Pengarah NADMA, Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Logistik NADMA.
Previous Next

10 Oktober 2023, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Putrajaya. Kunjungan Hormat Kedutaan Republik Argentina ke atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA.
Sesi Kunjungan Hormat ini telah dihadiri oleh H.E Manuel Balaguer Salas, Ambassador of the Argentine Republic to Malaysia dan Mr. Mariano Jorge Hega, First Secretary of the Embassy of the Argentine Republic. Sesi ini turut melibatkan pembentangan ringkas mengenai the Agreement for the Establishment of the CELAC's Climate Adaptation Fund and Comprehensive Response to Disasters (FACRID/CELAC) dan the Argentine Agency for International Cooperation and Humanitarian Assistance - White Helmets. Sesi Kunjungan Hormat ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Mitigasi NADMA.

Previous Next

25 September 2023 ~ Bengkel ini disertai 40 orang peserta daripada pelbagai seksyen dan turut disertai oleh wakil daripada Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) memfokuskan kepada proses membuat pelaporan menggunakan Dashboard ArcGIS Enterprise yang dikendalikan oleh oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Previous Next

22 September 2023, Bentong ~ Sesi Penyerahan Bantuan Khas Elmina kepada mangsa nahas pesawat N28JV yang terhempas di Elmina 8, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan oleh YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, YBM HESSTTK diiringi oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA.
ย 
Sesi pada hari ini merupakan sesi yang terakhir diserahkan kepada anak arwah Dato Sri Johari bin Harun dan isteri arwah Idris bin Abdol Talib.
Pautan
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search