OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

19 Januari 2024 - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Amanat Tahun 2024 bersama warga NADMA dan SMART di Dewan Wawasan, Markas SMART.

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri telah disambut dengan perbarisan Tabik Hormat Pasukan SMART yang diiringi oleh Datuk Khairul Shahril Idrus, Ketua Pengarah NADMA.
Seterusnya, YAB Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua Pengarah NADMA dan Pengarah-Pengarah Bahagian dibawa menaiki Utility Terrain Vehicle (UTV) untuk sesi lawatan ke tapak simulasi baharu Pasukan SMART yang kini berada di fasa akhir untuk disiapkan.
Majlis diteruskan dengan lawatan ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) untuk melihat fungsi keseluruhan pusat kawalan ini dalam mendepani kejadian dan operasi bencana di dalam dan luar negara.
Previous Next

11 Januari 2023 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah ketika mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 & 3. Taklimat situasi banjir daerah Pekan disampaikan oleh YH. Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan seterusnya berangkat ke lokasi mendapan pada struktur jalan dan mnyebabkan jalan runtuh di KM73 FT012 Lebuhraya Kuantan - Segamat (Landmark Burung Unta). Taklimat ringkas disampaikan oleh YH. Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.

Yang di-Pertuan Agong turut mencemar duli melawat lokasi terakhir PPS SK Merchong Jaya dan memberi pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, En Meor Ismail Bin Meor akim Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Previous Next

9 Januari 2023 - Sekitar lawatan kerja YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri ke lokasi banjir di sekitar Jalan Tun Seri Lanang dan di Jambatan Sungai Bang, Kota Tinggi hari ini.

Dalam siri lawatan tersebut YAB Timbalan Perdana Menteri, berkesempatan melawat Pusat Penempatan Sementara SK Taman Kota Jaya, Johor serta mendengar taklimat ringkas oleh Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi.

Selain itu, YAB Timbalan Perdana Menteri juga membuat lawatan ke khemah penempatan penduduk terjejas dan penyerahan kit makanan kepada mangsa banjir.

Turut hadir sama Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Khairul Shahril Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan YBhg. KPj Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Previous Next

8 Januari 2024 - Telah berlangsung penyerahan sumbangan untuk mangsa banjir oleh KFC Malaysia di Aras 7, Agensi Pengurusan Bencana Negara.   KFC Malaysia telah berbesar hati untuk menyumbang sebanyak RM50,000 ke Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN). Sesi penyerahan mock cheque kepada YBhg. Ketua Pengarah NADMA telah disempurnakan oleh Encik Chandrasagran Munusamy, Ketua Jenama KFC Malaysia. 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search