LAWATAN PEMANTAUAN KHEMAH POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN (PKTK) DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 dISEMBER 2023 - Sesi lawatan ini yang diketuai oleh En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Logistik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan disertai dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Seksyen Pelaksanaan Operasi.
Dalam lawatan ini, NADMA telah diberi taklimat daripada IPK KL dan pihak pembekal bagi khemah PKTK untuk memantapkan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana.
LAWATAN KERJA YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM, PERDANA MENTERI KE NEGERI KELANTAN
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 Disember 2023 - Sekitar lawatan kerja YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, ke Negeri Kelantan bagi meninjau situasi semasa banjir yang berlaku di Negeri Kelantan.
Dalam siri lawatan tersebut YAB Perdana Menteri, berkesempatan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK (A) Lati, Pasir Mas, Kelantan.
YAB Perdana Menteri turut mendengar taklimat oleh YBrs. Encik Hazmi bin Abdul Hamid, Ketua Jajahan Pasir Mas, Kelantan serta taklimat daripada wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan.
LAWATAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
27 Disember 2023 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), bagi memantau situasi semasa banjir yang berlaku ketika ini.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC berkenaan pemantauan semasa Bencana di kawasan-kawasan yang terlibat. Turut hadir sama dalam taklimat ini YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai kanan NADMA.
27 Disember 2023 - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berjaya memindahkan seramai 35 orang mangsa banjir dari kampung Meranti, Pasir Mas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Banggol Chicha, Kelantan. Mari sama-sama kita doakan agar operasi menyelamat di seluruh negara dipermudahkan dan kesemua mangsa banjir dapat dipindahkan dengan selamat.
LAWATAN RASMI BADAN NASIONAL PENCARIAN DAN PERTOLONGAN REPUBLIK INDONESIA (BASARNAS) KE MALAYSIA | PUCHONG, SELANGOR
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
5 Disember 2023 - Lawatan pasukan BASARNAS ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan SMART telah berlangung di Markas Pasukan SMART. Delegasi BASARNAS telah diketuai oleh Brigadier Jeneral Edy Prakoso, Pengarah Operasi BASARNAS manakala dari pihak NADMA pula diketuai oleh YBrs. Tuan Addyhanis Bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan bersama YBrs. Tuan Mohd Khairul Bin Jamil, Komander Pasukan SMART. Ini merupakan lawatan pertama bagi Pasukan BASARNAS ke Markas Pasukan SMART dan diharap lawatan ini dapat memperkukuhkan ikatan persahabatan antara kedua-dua agensi dalam bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu dalam menguruskan bencana. Delegasi BASARNAS turut dibawa melawat National Disaster Command Center (NDCC) dan tapak latihan di Markas SMART.