OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

5 Februari 2024 - YBhg. Ketua Pengarah NADMA telah memenuhi jemputan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi lawatan ke Pusat Pengalaman Imersif 5G (Portal My5G).  Portal My5G merupakan pusat pengalaman imersif 5G yang terbaik di rantau Asia. Pusat ini mempamerkan lebih dari 50 kes penggunaan dan penyelesaian merangkumi pelbagai sektor merangkumi keselamatan awam, logistik, kesihatan dan peruncitan.  Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), Pengarah Logistik, Pengarah NDCC, Pengarah BKP, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pegawai-pegawai NADMA.

Previous Next

6 Februari 2024 - Sedang berlangsung Bengkel Ulangkaji Dokumen "Dam Safety Emergency Response Plan (DSERP)" Bagi Stesen-Stesen Hidroelektrik TNB Genco anjuran TNB. Bengkel ini diadakan di Wisma TNB Kuantan bermula 6 - 8 Februari 2024. Tuan Mulliadi, KPPK SPO mewakili NADMA telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan Peranan NADMA, Arahan MKN No.20 dan Pelan Tindakan Bencana berkaitan Empangan.

Previous Next

26 Januari 2024 - Usaha mencari mangsa yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh telah tamat pada jam 6 petang hari ini dan akan disambung semula pada jam 8 pagi keesokkan harinya. Setakat ini 2 orang mangsa sudah ditemui, masih terdapat 3 orang mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tersebut. Operasi tersebut turut melibatkan agensi-agensi penyelamat yang terdiri daripada Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Semoga operasi pencarian ini dipermudahkan buat semua anggota yang terlibat. Operasi Blue Valley Cameron Highland ~ Pencarian hari kedua diteruskan bagi menjejaki 3 lagi mangsa. Hasil kerja keras semua pasukan, ketiga-tiga mangsa berjaya ditemukan di sektor pencarian yang berbeza. Mangsa-mangsa tersebut seterusnya dibawa keluar ke PKTK menggunakan UTV pasukan SMART. Makluman akhir, mangsa terakhir berjaya dijumpai pasukan penyelamat sekitar jam 1848H. Semua penyelamat bergerak keluar dari kawasan operasi bersama mangsa terakhir dan peralatan menyelamat. Operasi dilaporkan tamat.

Previous Next

24 Januari 2024 - Lawatan ke Tapak Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) bagi cadangan penempatan jambatan keluli bermodular (Bailey Bridge) yang diketuai oleh En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Logistik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta disertai oleh pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) dan Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI). Dalam sesi lawatan ini, pihak syarikat bersama-sama Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) turut serta bagi membincangkan penempatan Bailey Bridge di DTBKN.

Previous Next

24 Januari 2024 | Putrajaya - Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menerima satu kunjungan hormat daripada YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk bertukar idea serta pandangan bagi manfaat bersama di samping mengeratkan lagi kerjasama erat antara kedua-dua organisasi. Sesi kunjungan hormat ini turut disertai timbalan-timbalan ketua pengarah serta pengarah-pengarah bahagian NADMA.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search