OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

12 NOVEMBER 2023 – Hari ini Menteri HESS Dan TTK, Datuk Armizan Mohd Ali, mengadakan lawatan kerja ke Daerah Pitas, untuk meninjau tapak cadangan pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) yang pertama bagi negeri Sabah.
Salah satu komponen penting dalam persiapan menghadapi bencana adalah penyediaan pusat penempatan bagi mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan keluar daripada lokasi kejadian semasa bencana berlaku buat sementara waktu seperti bencana banjir dan kebakaran besar.
Dalam fasa pertama pelaksanaan, sejumlah sembilan buah pembinaan PPKB telah dirancang untuk pembinaan sebagai projek rintis di sembilan buah negeri yang kemudiannya akan diperluasakan ke semua negeri.
Objektif pembinaan PPKB adalah untuk menyediakan prasarana penempatan bencana khusus yang bertaraf kekal untuk tempat perlindungan sementara mangsa semasa sesuatu kejadian bencana berlaku. Turut hadir sama YBhg. Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril bin Idrus dan Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), En. Hussain bin Moh serta pemimpin setempat.
Previous Next

Selasa, 7 November 2023  Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Terengganu termasuk beberapa cadangan pembentukan SOP dan latih amal yang diperlukan bagi agensi responder dan masyarakat.  Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Polis Terengganu bagi membincangkan berkenaan persediaan menghadapi MTL dan mendapatkan pandangan mengenai peruntukan yang telah disalurkan bagi menambahbaik PKTK dan beberapa cadangan penambahbaikan pengurusan bencana di Terengganu.

Previous Next

4 November 2023 - Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsungnya Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat NADMA yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Program ini merupakan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan NADMA dan PUSPANITA NADMA. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dari warga jabatan NADMA serta Pasukan SMART. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya adalah Fun Run, Senamrobik, Acara Sukaneka serta Cabutan Bertuah. Tujuan Program  ini dilaksanakan adalah menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat selari dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan. 

Previous Next

25 Oktober 2023 – “Full Scale Exercise” kemalangan bencana udara di Kawasan laut yang bertempat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Objektif latihan ini adalah seperti berikut:
 
1. Latihan kecemasan lapangan terbang berskala penuh ini adalah sebahagian daripada usaha komuniti lapangan terbang untuk memperkukuh kesediaan dan daya tahan lapangan terbang dalam menguruskan sebarang krisis atau situasi kecemasan.
2. Memastikan lapangan terbang itu dalam keadaan sentiasa bersedia. Ia terdiri daripada satu siri bengkel dan penggubalan skala penuh situasi bencana udara yang berpotensi.
3. Peserta mengukuhkan koordinasi, keupayaan dan kecekapan mereka mengikut prosedur yang didokumenkan dalam Pelan Kecemasan Aerodrome (AEP) dan juga memberikan input untuk penambahbaikan selanjutnya.
4. Khusus untuk Latihan Ex-Penyu, ia memberi tumpuan kepada tindak balas untuk menguji kemahiran dan kecekapan setiap agensi yang terlibat semasa Kemalangan Pesawat Luar Lapangan Terbang dan untuk menguji peralatan dan komunikasi sedia ada yang digunakan semasa kejadian udara.
5. Berikut adalah agensi – agensi yang terlibat:
Malaysia Airports (MAHB), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Pejabat Daerah Kuala Nerus (PDKN), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN), Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pengendali syarikat penerbangan, Krew darat, Hospital & kesihatan, Universiti dan lain – lain agensi yang berkenaan.
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search