OPS BANJIR PASIR MAS, KELANTAN
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
27 Disember 2023 - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berjaya memindahkan seramai 35 orang mangsa banjir dari kampung Meranti, Pasir Mas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Banggol Chicha, Kelantan. Mari sama-sama kita doakan agar operasi menyelamat di seluruh negara dipermudahkan dan kesemua mangsa banjir dapat dipindahkan dengan selamat.