Sesi Penyerahan Sumbangan Bantuan Khas kepada Mangsa Nahas Pesawat N28JV yang Terhempas di Elmina, Shah Alam
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 September 2023 - Sesi Penyerahan Sumbangan Bantuan Khas kepada Mangsa Nahas Pesawat N28JV yang Terhempas di Elmina 8, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA pada 1 September 2023.
Pada 17 Ogos 2023, sebuah pesawat Beechcraft Model 390 terhempas berhampiran perbandaran Elmina di Shah Alam, Selangor. Seramai 10 orang mangsa telah terlibat dengan insiden tersebut. Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anak kapal pesawat, serta seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu yang melalui kawasan itu. Ekoran daripada itu, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara telah salurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas tersebut.
1 September 2023 - Majlis Penyerahan Peralatan Kebombaan oleh Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya.
29 Ogos 2023 - Program 5th EMAS TOPCOM XI telah diadakan pada 28 dan 29 Ogos 2023 di KLCC. Program ini diadakan sekali setahun yang dianjurkan oleh KKM, CEP (College of Emergency Physician) & 26 Hospital Selayang dengan kerjasama agensi - agensi lain.
Program ini dihadiri oleh Dr Ajantha a/p Segarmurthy, Timbalan Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA selaku Speaker. Turut hadir tiga orang pegawai iaitu En Sapian bin Mamat, Mej Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott dan Puan Anis Syarafina binti Apandi selaku peserta.
Table Top Exercise (TTX) telah diadakan pada 29 Ogos 2023 pada sebelah pagi. Pada sebelah petang diadakan Disaster Demonstration Exercise (DDX). Senario menjurus kepada letupan bahan kimia.
Lawatan Tapak dan Mesyuarat Status Kerja Baikpulih Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
29 Ogos 2023 ~ YBhg. Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Bin Idrus telah menghadiri Lawatan Tapak dan Mesyuarat Status Kerja Baikpulih Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir (SJSM) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali. Turut hadir bersama adalah Pengarah STI, Ir. Hj Malek Bin Hisham.
Penerangan status baikpulih Stesen Janaelektrik yang mengalami kerosakan akibat runtuhan cerun pada 27 Feb 2022 yang lepas dibentangkan oleh Tenaga Nasional Malaysia Berhad dan status keadaan cerun semasa dibentangkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
28 Ogos 2023 - Lawatan Penanda Aras ASCEND ke Republik Korea Salah satu aktiviti di bawah projek ASCEND, bertujuan untuk pendedahan dan pembelajaran Negara Anggota ASEAN daripada pendekatan Korea Selatan terhadap tindak balas kecemasan dan bencana. Para peserta diperkenalkan dengan strategi dan amalan yang digunakan oleh KNFA dalam operasi harian mereka. Semasa program berlangsung, para peserta berpeluang meneroka pelbagai lokasi penandarasan, termasuk Pusat Peralatan Bomba di Daerah Eumseong, lawatan ke Akedemi Bomba Busan, Ops Menyelamat & EMS di Laut, lawatan ke Pusat Panggilan Kecemasan 119 dan seterusnya lawatan ke International Fire Expo & Safety Korea. Program ini bermula pada 28 hingga 31 Ogos 2023 dan NADMA diwakili oleh Tuan Arjunaidi Ismail dan Hadi A.Kassim.