Sesi Kunjungan Hormat Ministry in charge of Emergency Management (MINEMA) Rwanda dengan kerjasama World Food Programme (WFP)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 Ogos 2023 ~ Sesi Kunjungan Hormat Ministry in charge of Emergency Management (MINEMA) Rwanda dengan kerjasama World Food Programme (WFP) ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersempena program lawatan sambil belajar ke Malaysia selama enam hari bermula 28 Ogos 2023 hingga 2 September 2023.
Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari amalan terbaik pengurusan risiko bencana daripada agensi-agensi berkaitan di negara ini.
Kunjungan Hormat oleh Asian Disaster Reduction Centre (ADRC) Kobe, Jepun dan Disaster Preparedness and Prevention Centre (DPPC) Universiti Teknologi Malaysia
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Ogos 2023 ~ Kunjungan Hormat oleh Asian Disaster Reduction Centre (ADRC) Kobe, Jepun dan Disaster Preparedness and Prevention Centre (DPPC) Universiti Teknologi Malaysia bagi Perkongsian Sistem Komunikasi Bencana dan Amaran Awal serta Sesi Demonstrasi Sistem Komunikasi Bencana Berasaskan Satelit di Malaysia.
Hari Kedua - Bengkel Penyelarasan dan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Ogos 2023 - Hari Kedua, Bengkel Penyelarasan dan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Ogos 2023 di Hotel Raia & Convention Centre, Kuching, Sarawak.
Bengkel ini bertujuan bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping rentan (resilient) terhadap bencana. Ini adalah untuk memastikan pengoperasian peraturan tetap dan arahan berkaitan bencana sedia ada dilaksanakan dengan sempurna.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 120 peserta daripada 26 wakil Jabatan/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengendalian bencana sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Seramai 16 pegawai NADMA turut serta dalam bengkel ini sebagai barisan penceramah, urusetia, Excon, pengendali TTX, perancang program serta pengarah program yang diketuai oleh En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA selaku penasihat program. Pihak Kerajaan Negeri Sarawak selaku tuan rumah turut membantu dari segi urusan pentadbiran dan urusetia.
#MalaysiaMadani
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawab
Program 'Initial Planning Workshop' bagi Latihan Pengukuhan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Bencana) untuk Rakan NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Ogos 2023 - Program Initial Planning Workshop bagi Latihan Pengukuhan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Bencana) untuk Rakan NADMA.
Workshop yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi dan NGO ini antara lain membincangkan berkenaan dengan perancangan dan penyelarasan bagi penganjuran Latihan Pengukuhan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Bencana) Untuk Rakan NADMA yang akan diadakan pada 20-22 September 2023.
Latihan tersebut adalah sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada NGO berkaitan tindakan dan SOP bagi menghadapi situasi sebenar ketika berlakunya bencana luar jangka yang melibatkan Misi Bantuan Kemanusiaan (Bencana Gempa Bumi) di peringkat antarabangsa.
Bengkel Penyelarasan dan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Tahun 2023
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KUCHING, 9 Ogos - Seramai 120 peserta dari pelbagai agensi penyelamat dan teknikal telah hadir bagi menyertai Bengkel Penyelarasan dan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Dato' Sri Prof. Dr Sim Kui Hian yang turut menyerahkan secara simbolik 70 buah bot buat kegunaan sewaktu bencana.
Bengkel ini diharapkan dapat membantu kerajaan negeri dalam memperkukuhkan persiapan kesiagaan bagi menghadapi bencana.