Mesyuarat Ke-42 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Telah berlangsungnya Mesyuarat Ke-42 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Da Nang, Viet Nam pada 13-16 Jun 2023. ACDM Malaysia. Penyertaan dari NADMA telah diketuai oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Dasar NADMA dan diiringi 3 orang pegawai NADMA.
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1 Tahun 2023 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi. Antara isu yang ditekankan oleh YAB Tuan Pengerusi adalah situasi gelombang haba yang sedang melanda negara serta usaha pembenihan awan yang bertujuan untuk meningkatkan semula paras air yang dijangka akan surut dan memberi kesan terhadap beberapa sungai yang terjejas dalam negara.
Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Malaysian Meteorological Department (Met Malaysia) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja (TUDM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang. Operasi tersebut akan dijalankan selama 4 hari bermula 2 sehingga 5 Mei 2023. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat membantu memulihkan bekalan air yang terjejas dalam negara.