OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

23 Mac 2023 - Sekitar Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-71 yang dirasmikan oleh YB Datuk Armiazan Mohd Ali selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) semalam. Bertepatan dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu; “Semarak Pertahanan Awam”, majlis yang diadakan ini diharap dapat memberi motivasi dan dorongan kepada warga APM untuk terus bersemangat dalam menggalas tanggungjawab selaku agensi yang berperanan memberikan kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat berhubung agenda Pertahanan Awam Negara. Majlis turut melibatkan Penganugerahan Bintang dan Pingat Pertahanan Awam, Majlis Pemakaian Pangkat, Penyerahan Watikah Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM melibatkan seramai 96 orang. 

Previous Next

22 Mac 2023 - Lawatan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) ke Batu Pahat, Johor. Lawatan turut meliputi kawasan pengepaman air di Parit Jelutung.  YB Menteri juga telah berkesempatan meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Seri Teluk di samping menyantuni  5 buah rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di Kg. Parit Yaani. Tidak ketinggalan YB Menteri juga sempat beramah mesra bersama para petugas pasca banjir di daerah itu.

Previous Next

20 Mac 2023 - Kunjungan hormat ini membincangkan kerjasama antara JKM dan NADMA dalam pengurusan bencana di Malaysia. Untuk makluman, JKM merupakan antara agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana dari segi penyediaan dan penyelenggaraan Pusat Permindahan Sementara (PPS), mengedarkan makanan dan keperluan asas serta menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir.
 
Previous Next

10 Mac 2023 - Kunjungan hormat Major General Bret D. Daugherty, Adjutant General Washington State National Guard (WANG) membincangkan peluang kerjasama dan kolaborasi pintar dalam pengurusan bencana terutama dalam aspek civil-military coordination dalam bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR), latihan mencari dan menyelamat (SAR) serta perancangan program anjuran bersama 2023-2028.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search