OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

5 Januari 2023 - Hari ini, pihak NADMA sekali lagi melawat waris mangsa tragedi Batang Kali bagi menghulurkan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) / BWI Kematian.
Pada 16 Disember 2022 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM10,000 bagi setiap mangsa yang terkorban. Sebanyak RM310,000 telah diperuntukkan untuk waris mangsa yang meninggal dunia di dalam tragedi tersebut.
 
Previous Next

28 Disember 2022 - Pada 16 Disember 2022 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM10,000 bagi setiap mangsa yang kehilangan nyawa. Sebanyak RM310,000 telah diperuntukkan untuk waris mangsa yang meninggal dunia di dalam tragedi tersebut. Hari ini, YB Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) telah menyampaikan BWI Kematian kepada 2 waris mangsa iaitu:
 
a) Encik Tong Chee Kong yang kehilangan isteri dan anak lelaki; (RM 20,000); dan
b) Puan Siti Esah Hassan yang kehilangan anak perempuan (RM10,000)
 
Setakat hari ini, waris kepada 11 mangsa meninggal dunia telah menerima BWI kematian. Manakala urusan penyaluran BWI Kematian kepada 20 lagi waris mangsa yang meninggal dunia dan BWI kepada 45 mangsa yang selamat akan disalurkan dalam masa terdekat. Mangsa-mangsa yang terlibat adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. 
 
Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM480 rib kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
bagi membolehkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja-kerja penyiasatan tapak cerun runtuh di laluan B66 seksyen 14.0 Jalan Batang Kali - Genting
Highlands, Hulu Selangor.
 
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanTanggungjawabBersama
Previous Next

 24 Disember 2022 - Sekitar tinjauan YB Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali ke Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, Sabah.
 
Lawatan tersebut bertujuan untuk membuat tinjauan lapangan bencana di Kampung Tanjuang Aru Baru, Kota Kinabalu. Susulan kejadian air pasang besar dan angin kencang yang berlaku sejak 2 hari lepas, sekurang-kurangnya 3 buah rumah roboh manakala 27 lagi telah mengalami kerosakan. Jumlah manga yang terlibat adalah sebanyak 210 orang daripada 39 keluarga. YB Menteri turut menzahirkan rasa simpati dengan musibah yang berlaku termasuk kesan di kawasan Pulau Gaya juga dalam daerah Kota Kinabalu, dan daerah Pitas serta bencana banjir di daerah Kota Belud.
 
 
Previous Next

24 Disember 2022 - Alhamdulillah mayat terakhir telah berjaya ditemui pada hari ke-9 sejak berlaku kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali. Setelah disemak semula, jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh Batang Kali adalah seramai 92 mangsa. Daripada jumlah tersebut, seramai 61 mangsa terselamat dan 31 mangsa disahkan meninggal dunia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas yang telah bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
 
#PekaAmaran
#PatuhArahan 
#KesiapsiagaanTanggungJawabBersama
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search