Penemuan empat lagi mangsa Kejadian Tanah Runtuh Batang Kali pada Hari ke-7 Operasi SAR.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Disember 2022 (Hari ke-7) - Penemuan empat lagi mangsa semasa operasi SAR dijalankan yang dipercayai keempat-empat mereka merupakan satu keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Berkat doa rakyat Malaysia, empat lagi mangsa telah dijumpai pagi ini, menjadikan tiga lagi yang masih hilang. Salam takziah kepada waris dan keluarga mangsa.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanTanggungjawabBersama
Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Seri Iman & Kawasan Bukit Mentok.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Disember 2022 - Sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Seri Iman & Kawasan Bukit Mentok.
Demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, YAB Timbalan Perdana Menteri memohon agar seluruh penduduk yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu.
Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik.
HARI KE-6 OPERASI SAR KEJADIAN TANAH RUNTUH BATANG KALI, JALAN GENTING HIGHLANDS
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 Disember 2022 (Hari ke-6)- Seluruh rakyat Malaysia menzahirkan rasa dukacita terhadap penemuan mayat mangsa ke-26 yang dijumpai pada pagi tadi. Setakat hari ini, mangsa yang belum dijumpai seramai 4 orang. Semoga ahli keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini. Mari sama-sama kita doakan agar operasi SAR yang diteruskan berjalan dengan lancar agar baki mangsa yang tinggal dapat dijumpai secepat mungkin.
Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kuala Besut 1, Terengganu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
20 Disember 2022 - Sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kuala Besut 1, Terengganu. Tinjauan YAB Timbalan Perdana Menteri bertujuan untuk melihat keadaan banjir yang semakin membimbangkan khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.
Keadaan ini berlaku setelah hujan lebat berterusan dan taburan hujan seperti di Daerah Besut ini meningkat 3 kali ganda daripada taburan hujan biasa akibat luruan kedua Monsun Timur Laut. Lantaran itu, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meminta pihak Angkatan Tentera Malaysia melalui Menteri Pertahanan untuk memobilisasikan aset-aset yang tidak terlibat dengan banjir untuk ditempatkan di kawasan yang sedang dilanda banjir seperti di kawasan Pantai Timur ini.
Demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, YAB Timbalan Perdana Menteri memohon agar seluruh penduduk yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu. Mengikut Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia, Negeri Terengganu masih berada di paras Bahaya dan sebarang kemungkinan masih boleh berlaku.
Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik.
20 Disember 2022 - Pihak FGV telah menyampaikan sumbangan RM5 juta untuk TBBN kepada YB Menteri Tugas-Tugas Khas, YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali.
Segala sumbangan dari pelbagai peringkat merupakan inisiatif pengurangan risiko bencana. Pengurangan Risiko Bencana ini merupakan tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama (shared responsibility) semua pihak termasuk Kerajaan, syarikat perniagaan dan komuniti selaras dengan penekanan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030.
TBBN merupakan tabung di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Penubuhan TBBN ini antara lain adalah untuk menggalakkan sumbangan pihak swasta, badan sukarela, pertubuhan serta orang perseorangan atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungjawab semua anggota masyarakat. Surat Ikatan Amanah KWABBN, membenarkan penerimaan sumbangan dana daripada orang ramai bagi tujuan pengurusan dan bantuan-bantuan bencana negara. TBBN di bawah KWABN dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA, JPM). Sumbangan ke TBBN layak mendapat pelepasan cukai.