Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan Monsun Timur Laut Bagi Tahun 2022/2023
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 November 2022 ~ Sejumlah 62,500 unit Kit Makanan telah diedarkan ke seluruh negara sebagai kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.
YBrs. Encik Jamil Derus bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) NADMA bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA hari ni telah menyempurnakan gimik pelepasan pengedaran bertempat di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor.
Pemberian Kit Makanan ini diharapkan akan dapat mengurangkan beban rakyat yang terkesan banjir.
Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Zon Sarawak bertempat di Sibu, Sarawak.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 Oktober 2022 ~ Hari ke-2 Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Zon Sarawak bertempat di Sibu, Sarawak.
Objektif utama bengkel adalah untuk memastikan kefahaman agensi-agensi terlibat terhadap fungsi dan peranan masing-masing sepertimana Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 (MKN20).
Platform ini juga akan dapat membantu agensi-agensi berkaitan menambah baik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Kunci kepada kejayaan sesuatu operasi bencana adalah bergantung kepada koordinasi yang cekap, menyeluruh dan pantas.
Kesiapsiagaan terhadap bencana perlu melibatkan kerjasama bersepadu di antara agensi kerajaan, bermula dari peringkat pusat, negeri dan daerah serta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuklah orang perseorangan.
Latih Amal Bencana “Ex Genting” bertempat di Genting Sempah, Gombak Selangor.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
19 Oktober 2022 , 11.30 pm ~ Sedang berlangsung Latih Amal Bencana “Ex Genting” bertempat di Genting Sempah, Gombak Selangor.
Latihan yang di anjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ini adalah bertujuan untuk menguji tahap persediaan dalam menguruskan bencana.
Seramai 400 petugas dari pelbagai agensi turut serta menjayakan latihan simulasi kali ini.
Latih Amal Ex Genting ini memberi tumpuan kepada simulasi bencana berkaitan kemalangan yang melibatkan bahan bahaya, runtuhan struktur dan kemalangan kenderaan.
Latihan ini juga melibatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana memberi kebenaran penggunaan lebuhraya serta pihak ANIH Berhad yang menyediakan prasarana dan kemudahan kawasan bagi perlaksanaan latihan pada kali ini.
Platform ini juga dapat membantu agensi-agensi berkaitan menambah baik strategi pengendalian bencana pada masa hadapan
Terima kasih Pihak Resort World Berhad kerana memberi kerjasama dalam penggunaan kawasan sekitar Genting Highlands.
Sesi Webinar “Pengaplikasian Maklumat Dalam Pengurusan Bencana : Isu, Cabaran dan Langkah Ke Hadapan”
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Oktober 2022, Sempena Oktober Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), NADMA dengan kerjasama MET Malaysia, DOSM, JUPEM, JPS dan UKM hari ini telah menganjurkan sesi webinar “Pengaplikasian Maklumat Dalam Pengurusan Bencana : Isu, Cabaran dan Langkah Ke Hadapan”
Ahli-ahli panel yang berkongsi ilmu dan pengalaman hari ini adalah En. Lim Ze Hui, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Pn. Hajah Ezatul Nisha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perangkaan Malaysia, Prof. Madya Ts Dr. Zulkefli bin Mansor, Pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM, Ir. Dr. Salwa binti Ramly, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Lt. Kol. Norazlin binti Pamuji, Pengarah Seksyen Perkhidmatan Geo-Dataraya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Objektif utama penganjuran adalah untuk mengupas isu dan cabaran berkaitan dengan pengaplikasian maklumat dalam pengurusan bencana di Malaysia serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil agar kesiapsiagaan menghadapi bencana dapat ditingkatkan.
Webinar pada hari ini memberi penekanan kepada penggunaan amalan terbaik (best practices), teknologi baru muncul (emerging technologies), Big Data Analytics (BDA) serta Geographical Information System (GIS).
18 Oktober 2022- Mesyuarat Ke-41 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM), Mesyuarat Ke-10 ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan sedang berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 17 hingga 21 Oktober 2022.
Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Encik Jamil Derus bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) bersama Puan Munirah Binti Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Cik Nurul ‘Ain Nabilah Binti Azmal, Penolong Pengarah daripada Seksyen Dasar dan Perancangan.
Antara perkara yang dibincangkan adalah komitmen negara-negara anggota ASEAN dalam merangka inisiatif dan usaha untuk mengurangkan risiko bencana, menguruskan bencana dan tindak balas kecemasan di rantau ASEAN yang merupakan antara kawasan paling terdedah kepada bencana di dunia.