OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

Mesyuarat Pelan Komunikasi Media

15 Jun 2023 – Telah berlangsungnya Mesyuarat Pelan Komunikasi Media yang telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian dan Agensi yang terlibat.
Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Sesi Libat Urus Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) pada 23 Mei 2023 telah memberi mandat kepada UKK Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menghasilkan satu pelan komunikasi yang komprehensif mengenai kesiapsiagaan menghadapi MBD.
Tujuan utama mesyuarat hari ini adalah untuk menyelaraskan bentuk pelan komunikasi bagi pengurusan bencana negara terutama semasa dalam tempoh Monsun Barat Daya serta kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024.
Selain itu, matlamat dari mesyuarat ini juga berharap supaya agensi-agensi yang terlibat dapat bersama-sama bergerak secara kolektif dalam memenuhi kehendak kerajaan yang berkonsepkan Malaysia MADANI.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search