PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sorotan Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 yang berlangsung dengan jayanya di Padang FA Jerantut, Pahang! Program ini bertujuan memperkukuh semangat kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi sebarang bencana melalui pelbagai pendekatan seperti ceramah berkaitan bencana, pameran aset penyelamatan, pameran info bencana dan banyak lagi.
Β 
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Sambutan BKN 2025 kali iniπŸ₯³πŸ€
Previous Next

Majlis Perasmian dan Serahan State Disaster Command Centre (SDCC) Pulau Pinang | 14 Oktober 2025 | George Town, Pulau Pinang
Β 
Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Serahan State Disaster Command Centre (SDCC) Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. SDCC ini akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri yang akan memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Pulau Pinang seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem DGIM.
Β 
Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan tindak balas responder dan koordinasi bantuan dapat diselaraskan diperingkat negeri dan nasional. Penubuhan SDCC ini bukan sahaja merupakan satu (1) projek infrastruktur baharu tetapi yang lebih penting adalah fungsi SDCC ini sebagai pusat kawalan utama yang akan memberi arahan dan menyelaras tindakan segera ketika berlakunya bencana.
Β 
NADMA yang diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana turut berkesempatan memberikan ucapan alu aluan sempena majlis perasmian ini. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Dato’ Seri Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang, YB Puan Lim Siew Khim, EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, pegawai-pegawai daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, ketua-ketua jabatan serta agensi negeri Pulau Pinang.
Previous Next

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menghadiri Mesyuarat Ke-8 ASEAN Disaster Resilience Platform (ADRP) yang diadakan bersama Mesyuarat Ke-47 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada 13 dan 14 Oktober 2025.
Β 
Ketua Pengarah NADMA juga akan mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Mesyuarat Ke-13 ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada 15 Oktober 2025.
Previous Next

13 Oktober 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil. 2 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi JPBP.
Β 
Mesyuarat yang diadakan di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut, Pahang ini dihadiri oleh Kementerian/Jabatan, agensi tindak balas, agensi teknikal, agensi sokongan serta agensi bantuan dan pemulihan bagi membincangkan mengenai persediaan kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search