PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

PEMUKIMAN STRATEGIK RAKAN NADMA 2026 SEMPENA 10 TAHUN RAKAN NADMA

PEMUKIMAN STRATEGIK RAKAN NADMA 2026 SEMPENA 10 TAHUN RAKAN NADMA
Β 
Program Pemukiman Strategik Rakan NADMA 2026 telah berlangsung selama tiga hari di Tamu Hotel, Kuala Lumpur sempena sedekad penubuhan Rakan NADMA pada bermula 4 hingga 6 September lalu.
Program ini menjadi wadah memperkukuh sinergi antara tiga tonggak Rakan NADMA iaitu NGO, akademia dan sektor korporat dengan menggabungkan kekuatan komuniti, kepakaran penyelidikan dan data serta sokongan sumber ke arah membina Malaysia yang lebih bersedia dan berdaya tahan menghadapi bencana.
Β 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail bin Meor Akim. Beliau menekankan bahawa sepanjang 10 tahun penubuhannya, Rakan NADMA telah memberi sumbangan penting kepada pengurusan bencana negara termasuk dalam pemerkasaan komuniti, sokongan logistik, program pendidikan serta perkongsian data.
Β 
Kerjasama strategik antara NGO, akademia dan sektor korporat akan terus diperkukuh bagi memperkasa tindakan awal dan kesiapsiagaan di peringkat akar umbi, di samping memanfaatkan kepakaran penyelidikan dan data untuk menyokong keputusan strategik serta usaha pengurangan risiko bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search