PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π”ππ€π˜π€π€π πŒπ„ππ˜π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πƒπˆ πŠπ€π™π€π

MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN MENYELAMAT BERTARAF ANTARABANGSA DI KAZANΒ 
Β 
Keupayaan Malaysia dalam menghadapi bencana terus diperkukuh menerusi penyertaan delegasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam XVI International Integrated Safety & Security Exhibition serta latihan bersama pasukan penyelamat Rusia di Kazan, Rusia.
Β 
Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar bersama Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, DCP Dato’ Mazli bin Mazlan. Pertemuan bersama EMERCOM Rusia turut memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dua hala, perkongsian kepakaran serta peningkatan keupayaan operasi penyelamatan.
Β 
Seramai 10 pegawai dan anggota SMART yang diketuai Supt. Safrizan bin Suhaini turut menjalani latihan bersama pasukan Rusia dan terlibat dalam demonstrasi tindak balas kecemasan. Pendedahan kepada teknologi, prosedur dan persekitaran operasi berbeza ini penting dalam menguji keserasian pasukan serta membawa pulang pengalaman yang boleh diterjemahkan kepada kesiapsiagaan lebih baik di tanah air.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh keupayaan mencari dan menyelamat, memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta memastikan sistem pengurusan bencana negara berkembang seiring perubahan risiko, teknologi dan cabaran bencana masa hadapan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search