πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππ πππ πππππππ πππππ ππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMA KEPADA YAB MENTERI BESAR KELANTAN
Β
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datoβ Meor Ismail bin Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Kelantan pada 8 September 2026 di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim, Kota Bharu.
Β
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama strategik antara NADMA dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam pengurusan serta pengurangan risiko bencana, khususnya bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Β
Antara perkara yang dibincangkan termasuk penggubalan Strategi dan Pelan Tindakan Pengurangan Risiko Bencana Negeri Kelantan, pelaksanaan latihan bersepadu, pengukuhan kapasiti agensi dan komuniti serta pembangunan State Disaster Command Center (SDCC), District Disaster Command Center (DDCC) dan Pusat Pemindahan Kekal Bencana.
Β
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan penyelarasan pengurusan bencana yang lebih berkesan, bersepadu dan berasaskan data, sekali gus meningkatkan daya tahan Negeri Kelantan dalam menghadapi risiko bencana pada masa hadapan.
