PERKEMBANGAN pesat dunia digital masa ketika ini membuatkan teknologi Internet of Things (IoT) dilihat sebagai pemangkin utama dalam usaha memperkukuhkan pemantauan kualiti udara dengan lebih cekap, pantas dan menyeluruh.
Keupayaan teknologi tersebut menghubungkan rangkaian penderia pintar bagi mengumpul data secara masa nyata.
Langkah itu mampu mengubah landskap pemantauan alam sekitar serta menjadi nadi kepada pembentukan gaya hidup lebih terjamin dan mampan.
Berbeza dengan sistem pemantauan konvensional yang bergantung kepada stesen berskala besar dan kos tinggi, teknologi IoT menawarkan penyelesaian lebih fleksibel melalui penggunaan penderia bersaiz kecil di pelbagai lokasi.
Data berkaitan pencemaran udara seperti habuk halus, nitrogen dioksida dan ozon dapat dihantar terus ke platform awam sebelum dianalisis secara automatik.
Dianggarkan sekitar 25 sensor bersaiz sederhana dipasang di sekitar bandar Yerevan, Armenia dengan sambungan selular, papan pemuka, peta awam dan penentukuran (calibration).
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Yerevan, Gorik Avetisyan, papan pemuka milik Clarity memiliki sistem amaran kualiti udara intuitif dan mudah digunakan untuk operasi harian.
“Kami mendapati, data platform ini berfungsi dengan baik, sekali gus membolehkan kami mengambil tindakan segera terhadap isu kualiti udara.
“Sensor ini juga berfungsi dengan baik dan membolehkan kami memasukkan data ke dalam platform sistem pemetaan digital bandar secara automatik untuk dianalisis dan visualisasi dengan baik,” katanya dalam portal Clarity.io.
Kemudahan itu membolehkan penduduk setempat mengakses liputan pemantauan lebih luas serta tahap kualiti udara terkini di aplikasi rasmi.
Penderia IoT dipasang bagi mengenal pasti kawasan pencemaran secara lebih tepat bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak pantas menangani isu pencemaran.
Malah, penduduk setempat boleh merancang aktiviti harian seperti bersukan, berjoging atau melakukan aktiviti luar ketika tahap kualiti udara berada pada paras selamat.
Dengan teknologi itu, lebih banyak kawasan boleh dipantau menggunakan bajet yang lebih munasabah, sekali gus memperluaskan akses kepada maklumat kesihatan awam.
Kos pemasangan dan penyelenggaraan penderia pintar itu juga jauh lebih rendah berbanding sistem pemantauan bertaraf rujukan yang memerlukan pelaburan puluhan ribu dolar serta penyelenggaraan berkala.
Bagaimanapun, pakar mengingatkan bahawa teknologi IoT bukanlah pengganti mutlak kepada stesen pemantauan bertaraf rujukan.
“Ketepatan bacaan penderia kos rendah masih bergantung kepada penderia yang perlu diselenggara secara sistematik.
“Selain itu, data yang diterima juga mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti kelembapan dan suhu semasa.
“Tahap keselamatan siber juga menjadi cabaran kepada serangan digital, manakala data hanya dapat diketahui jika peranti berhubung dengan internet,” jelasnya.
Ringkasnya, biarpun mendapat reaksi yang pelbagai, namun penggunaan IoT dijangka terus memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan masyarakat serta memelihara kelestarian alam sekitar.
Inovasi itu bukan sekadar simbol kecanggihan, tetapi menjadi manifestasi komitmen dalam membina masa depan yang lebih baik, selamat dan berkualiti untuk generasi akan datang.
KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) berpotensi mengubah cara sektor kewangan mengurus risiko bencana, termasuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan insurans serta memperkukuh daya tahan kewangan negara terhadap perubahan iklim.
Berdasarkan laporan penyelidikan bertajuk ESG Thematic: Investing in Resilience: How AI is Reshaping Climate Risk in Malaysia yang diterbitkan BIMB Securities, Malaysia kekal terdedah kepada risiko banjir, kemarau dan kejadian cuaca ekstrem, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap penyelesaian teknologi yang lebih cekap.
Katanya, banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 mengakibatkan kerugian ekonomi dianggarkan RM6.1 bilion serta menyerlahkan tahap kerentanan infrastruktur, operasi perniagaan dan komuniti terhadap bencana alam.
"AI mampu memperkukuh kewangan tahan iklim melalui penambahbaikan proses penilaian risiko, pemantauan dan pengesahan, selain membantu mempercepatkan penyaluran pembiayaan berkaitan bencana.
"Antara aplikasi utama yang diketengahkan ialah insurans parametrik, iaitu bentuk perlindungan yang membolehkan pembayaran pampasan dibuat secara automatik apabila penunjuk tertentu seperti jumlah taburan hujan, paras air banjir atau kelajuan angin mencapai ambang yang ditetapkan," katanya.
Berbeza dengan insurans konvensional yang lazimnya memerlukan proses penilaian kerosakan fizikal sebelum tuntutan diluluskan, pendekatan parametrik berupaya memendekkan tempoh pemprosesan, sekali gus membolehkan bantuan kewangan disalurkan dengan lebih pantas selepas sesuatu bencana berlaku.
Laporan itu turut menjelaskan penggunaan imejan satelit berasaskan AI bersama analitik iklim dapat meningkatkan keupayaan industri insurans dan kewangan dalam membangunkan pemodelan risiko yang lebih tepat, selain mempercepatkan pemprosesan tuntutan.
Selain sektor insurans, AI juga dilihat berpotensi memperkukuh instrumen kewangan berkaitan iklim seperti bon bencana (catastrophe bonds), selain meningkatkan keupayaan pemantauan, pelaporan dan pengesahan bagi pembiayaan mampan termasuk sukuk mampan serta projek peralihan tenaga.
Bagaimanapun, BIMB Securities menegaskan kejayaan penggunaan AI bergantung kepada kualiti data, ketelusan model serta rangka kerja tadbir urus yang kukuh bagi memastikan penilaian risiko iklim lebih tepat dan boleh dipercayai.
Menurut laporan itu, gabungan AI, analitik data dan teknologi automasi berpotensi meningkatkan daya tahan kewangan terhadap bencana berkaitan iklim, di samping menyokong pembangunan ekosistem kewangan mampan yang lebih berdaya tahan pada masa depan.
PETALING JAYA: Kerosakan pada jaring keselamatan (netting) di cerun batu dikenal pasti menjadi punca kejadian runtuhan batu di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Ampang dekat sini, hari ini.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu sebelum pemeriksaan mendapati jaring keselamatan sedia ada gagal menahan bongkah batu sehingga mengakibatkan batuan runtuh ke atas jalan.
Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, malah tiada kerosakan harta benda dilaporkan.
“Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan telah dilaksanakan segera bagi memastikan laluan tidak terhalang selain menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak meletakkan kenderaan berhampiran lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang risiko,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebagai langkah pencegahan, jaring keselamatan yang rosak akan diganti dengan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sementara itu kerja-kerja penyelenggaraan cerun termasuk pembersihan pokok pada jaring cerun, telah dilaksanakan pada Mac lalu sebagai sebahagian daripada program penyelenggaraan berkala.
MPAJ komited melaksanakan penyelenggaraan cerun secara berterusan di seluruh kawasan pentadbirannya bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, khususnya di kawasan cerun berbatu.
Orang ramai terutama penduduk Ampang diminta segera melaporkan sebarang tanda awal kejadian jatuhan batu atau kerosakan cerun kepada Unit Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) MPAJ dengan menghubungi 03-4285 7333/1800-22-8100.-UTUSAN
KULIM: Operasi memadam kebakaran membabitkan empat kilang di Jalan Makmur 7, Lunas, yang memasuki tempoh lebih 24 jam hari ini masih diteruskan bagi memastikan keseluruhan sisa api dipadam sepenuhnya.
Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 6.53 pagi semalam itu membabitkan dua kilang pakaian, sebuah kilang lilin dan sebuah kilang kotak.
Pada peringkat awal, kebakaran hanya membabitkan tiga kilang sebelum api merebak ke kilang keempat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang, berkata angin kuat serta bahan mudah terbakar seperti tekstil, kotak dan lilin menjadi antara cabaran utama dalam usaha mengawal kebakaran.
Bagaimanapun, beliau berkata tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.
"Operasi masih berjalan sehingga kini dan kerja-kerja overhaul dilakukan bagi memastikan sisa api dipadam sepenuhnya.
"Operasi pemadaman membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Kulim Hi Tech, BBP Sungai Petani dengan bantuan BBP Penanti, Pulau Pinang serta 19 Pasukan Bomba Sukarela (PBS)," katanya.
Beliau berkata, operasi itu turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Awang Hidzel berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari kilang lilin sebelum merebak ke kilang berhampiran.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.
"Kilang lilin dan kilang kotak dianggarkan musnah 90 peratus, manakala dua kilang pakaian mengalami kemusnahan kira-kira 60 peratus.
"Operasi masih diteruskan dengan bantuan jentera berat bagi proses pemadaman dan setakat ini anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan," katanya.
KUALA LUMPUR, July 29 — The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued thunderstorm warnings for several states, forecasting intense rainfall, strong winds, and thunderstorms across the northern, east coast, and central regions of the peninsula.
The warnings, issued at 8:30am, are valid until noon today.
The northern region is expected to be heavily impacted, with warnings in place for Perlis and Penang, as well as several districts in Kedah, including Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim, and Bandar Baharu. In Perak, the warnings cover Kerian, Larut, Matang and Selama, and Hulu Perak.
In Kelantan, the warning extends to Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, and Kuala Krai. Terengganu is similarly affected, with expected thunderstorms in Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, and Marang.
In the central region, Selangor is bracing for heavy rain in Klang, Kuala Langat, and Sepang.
Meanwhile, in East Malaysia, a warning has been issued for Serian in Sarawak.
MetMalaysia defines a thunderstorm warning as a short-term alert, valid for no more than six hours, issued when there are clear indications that rainfall intensity will exceed 20 mm per hour for more than one hour.
Residents in the affected areas are advised to remain vigilant and take necessary precautions against potential flash floods and the dangers associated with strong winds.
